Tuesday, 7 March 2017

sains teknologi kejuruteraan dalam islam bab 1









 SAINS TEKNOLOGI DAN KEJURUTERAAN DALAM ISLAM
DUA 2012
SAINS TEKNOLOGI DAN KEJURUTERAAN DALAM ISLAM


NO
NAMA PELAJAR
NO MATRIKS
1
NIKMAT AMIERUL ARIFF BIN NIK NIKMAT AZHAR
02DKA16F1009
2
MOHAMMAD ZHAFRI BIN OTHMAN
02DKA16F1023
3
MUHAMMAD SALMAN BIN TALMIZI
02DKA16F1027
4
AMIRUL IKHWAN BIN ZAKARIA
02DKA16F1040
5
MUHAMMAD AZIZ BIN MOHAMAD ALI
02DKA16F1044
6
MUHAMMAD AKMAL BIN AHMAD DUL KAMAL
02DKA16F1064
7
MOHD FADHLAN IZZUL BIN AHMAD KAMAL
02DKA16F1068
8
MUHAMMAD NAJIB BIN MUHAMAD SABRI
02DKA16F1072
9
MUHAMMAD ALIF NAJMI BIN ABIDIN
02DKA16F1109
10
MUHAMMAD HAZIQ BIN KAMARUZ ZAMAN
02DKA16F1113
11
WAN KHAIRIN SYAHMI BIN WAN KHAIDIR
02DKA16F1133
12
MUHAMMAD HAIRUL HAZRIEN BIN ALIAS
02DKA16F1151
13
MUHAMMAD DANISH AFIQ BIN ABDUL RAHMAN
02DKA16F1205

















1.0)PENGHARGAAN


Bismillahrahmanirahim
 Assalamualaikum w.b.t bersyukur kehadrat illahi dengan limpah kurniaanya. Kami dapat menyiapkan tugasan ini dalam masa yang ditetapkan oleh pensyarah kelas kami. Terlebih dulu kami ingin mengucapkan jutaan dan setinggi-tinggi penghargaan terima kasih kepada pensyarah Politeknik Sultan Haji Ahmad Shah  khasnya kepada pensyarah  Sains Teknologi dan Kejuruteraan dalam Islam kami iaitu Ustaz Wan Ahmad Razif bin Wan Abd Ghani  yang telah memberikan tugasan kepada kami. Kami kumpulan 1 kelas DKA2A telah diberikan tugas untuk membuat tugasan yang bertajuk  Sains Teknologi Dan Kejuruteraan  dalam Islam DUA 2012. Semasa kajian dijalankan, kami bekerjasama dalam memberikan setiap idea kami untuk dikongsi untuk memberikan hasil yang berkesan dan berkualiti ketika proses melaksanakan tugasan ini.
   Ahli kumpulan kami yang terdiri daripada Nikmat Amierul Arif bin Nikmat Azhar,  Mohammad Zhafri bin Othman,  Muhammad Salman bin Talmizi,Amirul Ikhwan bin Zakaria,Muhammad Aziz bin Muhammad Ali,Muhammad Akmal bin Dul Kamal,Mohd Fadhlan Izzul bin Ahmad Kamal,Muhammad Najib bin Muhamad Sabri,Muhammad Alif Najmi bin Abidin,Muhammad Haziq bin Kamaruz zaman,wan Khairin Syahmi bin Wan Khaidir,Muhammad Hairul Hazrien bin Alias dan  Muhammad Danish Afiq bin Abdul Rahman. Kami  telah berusaha untuk menjayakan tugasan ini dengan membuat pelbagai perbincangan sebelum memulakan tugasan ini. Kami berpendapat bahawa tajuk yang diberikan kepada kami ini merupakan fakta tentang Sains Teknologi Dan Kejuruteraan Dalam Islam.
   Pelbagai ilmu yang dapat kami peroleh sepanjang kami menyiapkan tugasan ini. Sejajar dengan anjakan paradigma  dalam era globalisasi ini, begitulah  peranan mahasiswa khususnya bakal pendidik di negara ini untuk merungkaikan pelbagai ilmu pendidikan di muka bumi ini. Pada dewasa kini, pelbagai pembangunan dari segenap sudut begitu pesat terbina, begitulah juga pembangunan dalam bidang pendidikan. Justeru, itu haruslah mahasiswa ini tergolong dalam orang yang sentiasa menyaingi peradaban zaman yang begitu hebat.  Kami berharap agar ilmu yang kami kongsi ini  dapat dimanfaatkan bersama dalam kehidupan seharian sebagai makhluk Allah s.w.t di muka bumi ini.





2.0)PENGENALAN


Sains merupakan penemuan pengetahuan baharu berdasarkan kajian dan pengalaman manusia secara objektif yang bersumberkan wahyu dan akal . Seterusnya , dari segi teknologi ialah ilmu yang berbentuk praktikal atau teknikal yang membolehkan manusia membuat sesuatu perubahan yang bermanfaat keatas alam tabi`i serta tidak terkeluar daripada etika serta prinsip-prinsip dasar Islam untuk membantu kehidupan manusia, menabdikan diri, mengagungkan dan membesarkan Allah S.W.T. Merujuk aspek kejuruteraan pula proses mereka bentuk teknologi dengan kaedah yang paling efisyen bagi tujuan kebaikan manusia dalam memenuhi tugas khalifah secara lebih berkesan .


Bidang sains sendiri belum menemui kebenaran yang hakiki . Tradisi islam adalah untuk melahirkan para saintis berteknologi muslim yang beriman dan berakhlak serta Islam menolak kemajuan teknologi tanpa akhlak dan sains yang menolak spiritual .  Justeru sains dalam pandangan Barat , beranggapan sumber wahyu tidak diperlukan berasaskan kepada prinsip logos dan mitos . Logos adalah suatu penemuaan kekuatan hasil eksperimen manakala mitos pula umpama khayalan yang tidak dapat dibuktikan secara tepat .







2.1)DEFINISI


Sains dan teknologi kejuruteraan tidak dpat dipisahkan dengan bidang ilmu dalam Islam . Dalam bidang sains , sains ialah satu usaha manusia untuk menghuraikan sesuatu dengan tepat dan secara kuantitatif mengenai alam tabii dan perjalanannya melalui pengamatan , hipotesis dan eksperimen yang benar . Antara konsep dalam sains ialah hukum , sebab dan akibat . Dalam hal ini , sains dan Islam sama-sama berpegang kepada prinsip bahawa alam ini bersifat konseptual , iaitu sesutu yang boleh difahami dan dimengerti .


2.1.1)DEFINISI SAINS DARI ASPEK BAHASA DAN ISTILAH


Daripada perkataan Inggeris  iaituscience. Juga berasal daripada perkataan scio, scire atau scientia (dari bahasa Latin) yang bermaksud pengetahuan.Sains mengikut Encarta Encyclopedia ialah, “Systematized knowledge in any field, but applied usually to the organization of objectively verifiable sense experience.”Sains dalam skop yang luas bermaksud ilmu-ilmu yang diperoleh secara sistematik berdasarkan pengalaman deria yang dapat dibuktikan secara objektif.Boleh didefinisikan sebagai satu ilmu yang dihasilkan melalui proses cerapan (iaitu analisis dengan menggunakan panca indera) serta fahaman yang lahir daripadanya.Sains adalah satu huraian secara sistematik tentang fenomena tabi’i atau alam semula jadi yang melibatkan penggunaan intelek di samping kaedah yang dapat diukur (kuantitatif).Kajian yang rasional dan emprikal yang mana tiada kaitan dengan wahyu,intuisi, emosi dan perkara-perkara agama.Sains terbahagi kepada tiga bahagian iaitu :
1.   Sains Tulen atau Sains Tabi’i
2.   Sains Gunaan (Teknologi dan Kejuruteraan)
3.   Sains Sosial (Tabiat Manusia)  







2.1.2)DEFINISI SAINS DARI ASPEK KEILMUAN ISLAM


Sains Islam berasaskan wahyu dan akal. Menjadikan wahyu sebagai sumber rujukan tertinggi kerana wahyu datang daripada kuasa tanpa batas sedangkan akal adalah satu perkara yang terbatas.Sains dalam Islam adalah sains yang berkonsepkan tauhid yang mana ianya tunduk kepada prinsip-prinsip yang ditetapkan Allah melalui rasul-Nya.Ia adalah satu maklumat atau fakta yang didapati menerusi penyelidikan dan penemuan yang mengunakan kaedah-kaedah tertentu tidak bercanggah dengan syarak untuk mencari fakta atau bukti bagi menjelaskan sesuatu kebenaran.Dikaitkan dengan cabang ilmu pengetahuan yang sistematik, yang bertolak dari sesuatu sebab dan akibat yang boleh diuji dan dikaji kebenarannya.Menggabungkan unsur metafizik (ketuhanan) dan fizik, ilmu aqli dan naqli, ilmu intelek dan ilmu wahyu.Sains Islam berasaskan nilai, neutral dan objektif. Sains dalam Islam merangkumi 3 kategori utama iaitu:-
Sains Propaedeutik = Melibatkan kemahiran seperti membaca , menulis , ilmu pengetahuan ,timbangan , pertanian , biografi dan sejarah.
Sains Syariah = Sains ini ialah satu bidang yang sama dengan ilmu agama pada hari ini . Bidang yang termasuk dalam kategori ini ialah ilmu tajwid , hadis , syariah , tafsir dan lain-lain .
Sains Falsafah = Merangkumi bidang Matematik Propaedeutik , Logik , Sains Tabii , dan Matematik Tabii .

2.1.3) TEKNOLOGI DARI ASPEK BAHASA DAN ISTILAH

Teknologi merupakan satu konsep yang luas dan mempunyai lebih daripada satu takrifan.Takrifanyang pertama ialah pembangunan dan penggunaan alatan,mesin,bahan,dan proses untuk menyelesaikan masalah manusia.perkataan teknologiberasal dari perkataan Greek.[Techne] bermaksud seni,kemahiran,rekaan dan[logia]yang bermaksud pembelajaran,kajian.Istilahini bolih diguna pakai sama ada secara umum atau dalam bidang tertentu.Contohnya teknologi pembinaan,teknologi perubatan dan teknologi maklumat.

Istilah teknologi selalunya berkait rapat dengan rekaan dan gadjet menggunakan prinsip sains dan proses terkini.Namun rekaan lama seperti tayar masih menunjukkan teknologi.Oleh itu,teknologi akan berubah apabila pengetahuan teknikal kita berubah.Takrifan teknologi yang diguna pakai di sekolah dan institusi pengajian tinggi di Malaysia ialah aplikasi pengetahuan sains yang boleh memanfaatkan serta menyelesaikan masalah manusia yang dihadapi dalam kehidupan seharian.

Teknologi dalam islam adalah satu cabang ilmu praktikal untuk mencapai tujuan praktikal sebenar,bertunjangkan tauhid kepada Allah,seimbang antara satu sama lain terlaksana mengikut system etika Islam yang mengutamakan keadilan dan dipertanggungjawabkan kepada manusia sebagai khalifah Allah untuk menggunakan alam tabi`i dengan baik.Dalam sejarah sains islam istilah yang bertepatan dengan teknologi ialah sina`ah yang bermaksud ilmu gunaan.Pengetahuan yang berhubung dengan teknik menggunakan pengetahuan sains,bertujuan memberi kemudahan dan kemakmuran kepada manusia .Teknologi dalam islam adalah berbentuk teknologi yang memberi manfaat iaitu tanpa unsur kerosakan dan tidak terkeluar daripada etika serta prinsip-prinsip dasar islam .Kejuruteraan termasuk dalam bidang sains gunaan yang berkaitan dengan teori asas dengan mereka bentuk sesuatu hasil keperluan dan kegunaan yang boleh memberi khidmat kepada manusia.Kejuruteraan juga bermaksud proses mereka bentuk teknologi dengan kaedah yang paling efisyen.


2.1.4)TEKNOLOGI DARI ASPEK KEILMUAN ISLAM


Teknologi dalam Islam satu cabang ilmu praktikal untuk mencapai tujuan praktikal sebenar, bertunjangkan tauhid kepada Allah, seimbang antara satu sama lain, terlaksana mengikut sistem etika Islam yang mengutamakan keadilan dan dipertanggungjawabkan kepada manusia sebagai khalifah Allah untuk menggunakan alam tabi’i dengan baik. (Wan Ramli Wan Daud, 1991)

Dalam sejarah sains Islam, istilah yang bertepatan dengan teknologi ialah istilah صناعة‘sina’ah’ yang bermaksud ilmu gunaan. .    Pengetahuan yang berhubung dengan teknik menggunakan pengetahuan sains. .    Bertujuan memberi kemudahan dan kemakmuran kepada manusia.


Teknologi dalam Islam adalah berbentuk teknologi yang memberi manfaat iaitu tanpa unsur kerosakan dan tidak terkeluar daripada etika serta prinsip-prinsip dasar Islam. Teknologi satu pengetahuan kemahiran yang memberikan fokus kepada cara menggunakan ciptaan sains untuk membantu kehidupan manusia mengabdikan diri kepada Allah swt.


Ia merujuk kepada dua kemahiran iaitu, Kemahiran dalam bidang pembuatan atau pengeluaran.Kemahiran dalam bidang arkitek dan kejuruteraan.



2.1.5)KEJURUTERAAN DARI ASPEK BAHASA


Kejuruteraan termasuk dalam bidang sains gunaan (applied science) yang berkaitan dengan teori asas dengan mereka bentuk sesuatu hasil keperluan dan kegunaan yang boleh memberi khidmat kepada manusia. .    Kejuruteraan juga bermaksud proses mereka bentuk teknologi dengan kaedah yang paling efisyen.



2.1.6) KEJURUTERAAN DARI ASPEK KEILMUAN ISLAM


Kejuruteraan ialah satu disiplin ilmu yang berkaitan dengan kepandaian dalam penggunaan teknologi secara efisyen bagi tujuan kebaikan kepada manusia. Kejuruteraan dalam Islam digunakan untuk membantu manusia memenuhi tugas sebagai khalifah secaa lebih berkesan.


 Kajian-kajian telah menunjukkan sumbangan para sarjana dan jurutera Islam tersebar ke Benua Eropah, khususya Andalus (Sepanyol) dan Itali. Dalam bidang kejuruteraan awam, penciptaan kubah dan menara masjid membuktikan kefahaman dan kemahiran jurutera dan sarjana Islam. Pada zaman pemerintahan Khalifah Umar, bidang kejuruteraan awam hidrologi diperkenalkan dan beberapa buah terusan telah dibina. Terusan yang utama ialah ialah terusan yang menghubungkan Sungai Nil dengan Laut Merah.


Rekaan-rekaan menarik juga dapat dihasilkan dengan segala kemahiran dan kefahaman ilmu para sarjana Islam dalam segala bidang kejuruteraan pada zaman itu apabiala menggabungkan dengan rekaan seni-seni halus. Pada abad ke-8M, jurutera-jurutera Islam telah mempelajari teknologi membuat kertas dan mendirikan beberapa buah kilang kertas di Samarqand dan Baghdad. Pada awal abad ke-9M, Khalifah Harun al-Rashid telah menghadiahkan sebuah jam air yang sungguh menarik kepada Raja Charlemagne

Perkembangan semasa di Malaysia turut mendorong permintaan yang tinggi terhadap profesion kejuruteraan. Iu ini dapat dilihat hamper setiap hari jawatan kosong sebagai jurutera diiklankan di dalam akhbar-akhbar tempatan dan media elektronik. Walaupun skop kerjaya ini agak mencabar, namun mampu memberikan kepuasan kepada para jurutera. Tambahan pula, dan imbuhan yang diberikan agak lumayan sekali gus mampu menarik minat golongan muda untul menceburi bidang kejuruteraan ini.  


2.2)CIRI-CIRI SAINS ISLAM

Sains Islam adalah satu entity yang tidak boleh dipisahkan kerana setiap cabang ilmunya yang saling melengkapi dan merujuk kalimah tauhid.Sains Islam ialah mencapai kegemilangan dalam pelbagai bidang seperti ilmu astronomi dan ilmu senibina pada zaman perkembangan islam bermula pada abad ke-7M sehingga abad ke-16M.Sains islam bergerak diatas paksi akidah membawa satu mesej agung,iaitu mentauhid dan mengagungkan Pencipta alam semesta.Sains Islam mempunyai lima ciri seperti:
a)Keagamaan
b)Saintifik
c)Universal
d)Bersepadu
e)Harmoni


2.2.1)KEAGAMAAN

Ciri pertama ini menuntut bidang sains Islam menerima wahyu sebagai sumber utama penyuburan dan pengembangam ilmu.Setiap kajian ke atas sains adalah berpaksikan wahyu dan analisis akal manusia.Kaedah teknik serta proses  penyelidikan yang melibatkan sains tabii adalah berteraskan petunjuk-petunjuk al-Quran dan hadis.

Nilai-nilai baik atau buruk dan pahala atau dosamerupakan asas utama sains yang berfungsi dalam kehidupan manusia.Hukum sebab-musabab dan penyelidikan sebagai satu ibadat merupakan destini akhir kajian sains untuk mencari bukti kebesaran Allah SWT.

Sains dalam Islam terikat dengan batasan hukum dan etika Islam.Saintis dan teknokrat yang Berjaya ialah mereka yang mematuhi segala suruhan,meninggalkan larangan serta menyeru kepada kebaikan.Walaupun mereka ialah golongan teknokrat yang mampu mengkaji alam dengan keupayaan yang mereka miliki,namun mereka masih lagi berpegang dan terikat dengan batas-batas hukum dan etika yang telah digariskan dalam Islam.oleh yang demikian,segala penghasilan dan dapatan kajian yang melibatkan produk atau kaedah yang mereka hasilkan hendaklah menyumbangkan kepada sesuatu yang boleh meninggalkan segala larangan dan memperkasakan amalan kebaikan yang dianjurkan Islam.Hal ini menunjukan bahawa saintis dan golongan teknokrat yang baik adalah mereka yang beriman kepada Allah SWT dan berupaya utuk membawa masyarakat kepada Allah SWT.


2.2.2)SAINTIFIK


Sains Islam menggunakan kaedah emperikal yang diperkenalkan oleh islam sejak abad ke-7 masihi lagi.Adanya formula dan alatan-alatan yang berbentuk klinikal.menggunakan kaedah sintesis keatas sumber-sumber tamadun yang terdahulu.Seterusnya bentuknya sejagat melibatkan pelbagai bangsa,agama,bahasa,tamadun,wilayah,zaman dan sebagainya.



2.2.3)UNIVERSAL


Sains Islam bersifat universal atau sejagat kerana bukan sahaja dihasilkan oleh muslim tetapi juga non muslim.


2.2.4)SEPADU


Ciri sepadu tidak memisahkan cabang-cabang ilmu.Tanggungjawab fardhu ain dan fardhu kifayah yang bersepadu.kajian yang bersifat menyeluruh.kajian alam fiziz tidak terpisah dengan metafizik.Tidak terpisah daripada kepercayaan kepada Allah SWT kerana keimanan kepada Allah SWT dijadikan sebagai asas kajian.

                                        
                                       2.2.5)HARMONI


Ciri harmoni ialah tidak dapat percanggahan antara sains dan agama.kajian yang dijalankan menuju kepada matlamat yang sama iaitu pengabdian diri kepada Allah SWT. 


2.3)PERANAN SAIN TEKNOLOGI DAN KEJURUTERAAN DALAM ISLAM

Membantu Manusia Mengenali Allah Sebagai Pencipta


 Ayat al-Quran banyak menyebut dan menggalakkan kita manusia untuk berfikir, menyelidik dan mengkaji. Penyelidikan Islam adalah berasaskan kepada wahyu Allah membawa setiap kajian ke arah satu kepuasan yang telah ditentukan iaitu dengan menunjukkan tanda-tanda kekuasaan Allah yang menjadikan segalanya.


Kewujudan alam ini adalah sebagai tanda kewujudan dan kebesaran pencipta.Firman Allah swt  dalam Surah ‘Ali ‘imran  yang bermaksud “Sesungguhnya dalam penciptaan langit dan bumi, dan silih bergantinya malam dan siang terdapat tanda-tanda (kekuasaan, kebijaksanaan dan keluasan rahmat Allah) bagi orang-orang yang berakal”. (Surah ‘Ali ‘Imran : 190)


Islam menetapkan sebarang perkara yang melibatkan kajian sains hendaklah berada dalam kerangka dan panduan syariat bagi tujuan kebaikan manusia dan keredhaan Ilahi.

 Dapatan sains Islam menjadikan saintis lebih dekat kepada Allah SWT, sebaliknya dapatan sains Barat lebih menjadikan manusia bongkak dan jauh daripada Allah SWT.

Teknologi dan kejuruteraan Islam lebih mendidik hati dan fikiran manusia tentang keagungan Allah swt melalui kecanggihan ciptaan manusia, Sementera teknologi dan kejuruteraan Barat sekadar untuk menunjukkan kehebatan daya fikir manusia untuk kepentingan diri.

 Teknologi digunakan utk memudahkan kerja2 manusia, namun ia mesti membawa manfaat sebenar & tdk membawa kerosakan & kemusnahan kepada manusia & alam sejagat. Dengan mengkaji alam tabii seperti sifat, peraturan dan hukum alam akan dapat mendapat gambaran bahawa ada Pencipta dan Pengatur kepada segala sifat, peraturan dan hukum yang ada di alam ini

Alam tabii: kitab terbuka (maftuhah) – manusia memperolehi banyak ilmu dan maklumat daripada alam. Bukti keesaan Allah s.w.t. boleh dilihat melalui kajian alam tabii. Firmannya
* “Sekiranya ada di langit dan bumi tuhan selain Allah, tentulah keduanya itu akan rosak dan binasa” (Al-Anbiya’ [21]: 22)


Kewujudan alam merupakan satu tanda kewujudan pencipta. Antara surah yang menerangkannya adalah (Ali-Imran [3]: 190-191), (Al-Mulk [67]: 3), dan (Yusuf [12]: 5-6).


Teknologi adalah cabang ilmu praktik (sina'ah) iaitu ilmu untuk mencapai tujuan praktik yang bertunjangkan tauhid, berimbang dan berseimbang dengan alam tabii, terkekang dalam lingkungan had syariah, terlaksana mengikut sistem etika Islam yang mengutamakan keadilan dan dipertanggung - jawabkan kepada manusia sebagai khalifah dan hamba Allah di dunia. Ilmu sains melahirkan teknologi. Teknologi (mengikut Merriam-Webster Dictionary, The American Heritage Dictionary of the English Language: Fourth Edition dan WordNet Dictionary), boleh didefinisikan sebagai, “Pengaplikasian atau penggunaan ilmu terutamanya ilmu sains secara praktikal dan digunakan terutamanya dalam bidang perdagangan dan industri untuk kemanfaatan manusia.” Justeru, ilmu sains merupakan alat penting untuk membina teknologi namun ilmu sains bukanlah teknologi. Sebagai contoh, sains membicarakan tentang teori atom dan daripada itu lahirlah teknologi yang menghasilkan kuasa atom.

PERANAN SAINS DALAM ISLAM

Mengukuhkan iman, menguatkan aqidah dan meneguhkan kepercayaan. Tidak memisahkan ilmu daripada iman dan menyisihkan agama daripada sains, saling memerlukan, mengiktiraf dan menyokong. Ilmu untuk pengisian Iman dan amal bagi mencapai ihsan dan kamal. Kecermelangan hidup di dunia demi memperoleh kegemilangan kehidupan di Akhirat. Sains adalah pencapaian minda, tidak boleh dipisahkan daripada ilmu keagamaan dan ilmu wahyu menjadi paksi landasan dalam menentukan perkembangan ilmu intelek.

Sains berlunaskan prinsip tauhid, iaitu melihat kewujudan makhluk membuktikan wujudnya khaliq, iaitu Allah s.w.t. Fenomena tabii dan alam semesta merupakan makhluk ciptaan Allah s.w.t.  Fenomena alam menjadi petanda-petanda Allah . keseragaman hukum alam yang terdapat pada sesuatu tabii merupakan penyataan sifat keesaan Allah s.w.t. Keunikan kepelbagaian jenis yang tardapat dalam sesuatu spesis memaparkan sifat kekayaan dan keluasan rahmat Allah s.w.t.

KETERBATASAN ILMU SAINS

Islam memberi kebebasan kepada para saintis untuk mengkaji, namun ia menyedari keterbatasan intelek yang dimiliki manusia. Justeru, sains Islam menjadikan wahyu sebagai sumber rujukan yang tertinggi. Dalam erti kata yang lain, dalam Islam, wahyu mengatasi akal kerana wahyu datang daripada kuasa tanpa batas sedangkan akal terbatas. Sains tidak boleh mengatasi wahyu. Justeru, sains dalam Islam ialah sains yang berkonsepkan tauhid. Sains dalam Islam tunduk kepada prinsip-prinsip yang ditetapkan Allah melalui rasulnya. Sains dalam Islam tunduk kepada al-Quran.

Membantu Manusia Supaya Bertafakkur.

 Penyelidikan sains teknologi dalam Islam  akan membawa seseorang kepada sifat-sifat tafakkur dan memberi kesedaran kepada manusia melalui penggunaan akal.
Penyelidikan sains melalui wahyu-wahyu membawa kepada penerimaan kebesaran Allah SWT seperti yang dijelaskan dalam Al-Quran surah Al-Baqarah iaitu
Maksudnya :
“Sesungguhnya dalam penciptaan langit dan bumi, silih bergantinya malam dan siang, bahtera yang belayar di laut membawa apa yang berguna bagi manusia, dan apa yang Allah turunkan dari langit berupa air, lalu dengan air itu Dia hidupkan bumi sesudah mati (kering)-nya dan Dia sebarkan di bumi itu segala jenis haiwan, dan pengisaran angin dan awan yang dikendalikan antara langit dan bumi; sungguh terdapat tanda-tanda (keesaan dan kebesaran Allah) bagi kaum yang memikirkan”
            (Surah Al-Baqarah : 164)

Membantu pelaksanaan syariat

Kajian sains dan teknologi dalam Islam adalah didorong oleh kepentingan dalam pelaksanaan syariat Islam. Pelaksanaan syariat akan berjalan lancar jika sekiranya masyarakat Islam membangunkan peraturan perhubungan antara mereka.Kepentingan untuk mengatur beberapa hubungan ini boleh dilihat kepada hubungan manusia dengan Allah SWT, hubungan manusia sesama manusia serta hubungan manusia dengan alam.
 Kajian di dalam bidang sains dan penerokaan teknologi adalah didorong berdasarkan kepentingannya untuk melaksanakan syariat Islam dalam kehidupan manusia.Pelaksanaan syariat seperti pelaksanaan fardu ain seperti solat, puasa, zakat dan haji banyak dapat disempurnakan disebabkan oleh pencapaian akal manusia dalam sains dan teknologi. Kepentingan untuk mengatur beberapa hubungan ini boleh dilihat kepada hubungan manusia dengan Allah SWT, hubungan manusia sesame manusia serta hubungan manusia dengan alam sejagat. Selain itu, manusia dapat menggunakan akalnya dengan pengetahuannya untuk meramal sesuatu perubahan cuaca. Contohnya:

DARI ASPEK MENUTUP AURAT: (teknologi yang diaplikasiakn adalah dengan menggunakan teknologi tekstil. Ianya adalah bahan yang digunakan dalam barangan tersebut. -teknologi juga digunakan untuk penentuan waktu solat dan kiblat.  kompas & jam)

DARI ASPEK PUASA: (mengetahui tarikh bulan Ramadhan, mengetahui masuk & habis waktu)

DARI ASPEK ZAKAT: (mengetahui kewajipan berzakat, mengetahui kadar penentuan zakat - mesin pengiraan.)

DARI ASPEK HAJI: (mengetahui ketibaan musim haji, mengetahui arah Kaabah, kemudahan untuk sampai ke Mekah.)

 DARI ASPEK FARDHU KIFAYAH: (memandikan jenazah - dengan penciptaan tempat mandi dan penggalian kubur - jentera seperti jengkaut)

MENGETAHUI KEPENTINGAN AMALAN SYARIAH

Kajian sains memberi pendedahan tentang kepentingan amalan agama dalam kehidupan  Solat sebagai terapi penyakit dan Puasa sebagai terapi system pencernaan

Supaya manusia mampu menentukan dan membuat ramalan akan sesuatu perkara.
Menentukan tarikh dengan melakukan pencerapan iaitu mencerap bulan akan dapat memberi
ketentuan contohnya dalam tarikh awal puasa, tarikh awal bulan dan lain-lain.
Manusia dapat menggunakan akalnya dengan pengetahuannya untuk meramal sesuatu
perubahan cuaca.

Supaya manusia dapat berkarya dan berinovasi. Dengan mengkaji alam ini, manusia akan dapat menghasilkan sesuatu karya dan mencipta sesuatu hasil daripada kajiannya. Dapat membantu manusia dalam memenuhi keperluan material dan kehidupan seharian yang diperlukan.


Melalui kajian sains dan teknologi, keperluan manusia dapat dipenuhi, menjadikan kehidupan
manusia selesa dan memenuhi keperluan dharuriyat dan hajiyat itu sendiri  dari segi
memenuhi keperluan asasi seperti makanan, tempat tinggal, pakaian, pendidikan, perubatan,
pengangkutan dan lain-lain. Menjadikan kehidupan manusia selesa. Memenuhi keperluan dharuriyat dan hajiyat manusia itu sendiri.

Jika kita lihat, sains, teknologi dan kejuruteraan sebenarnya tidak boleh dipisahkan antara satu
sama lain. Ilmu ini juga sebenarnya mempunyai perkaitan dengan dunia Islam silam dan hari
ini. Kemajuan teknologi kini adalah sebahagian daripada matlamat kepentingan hidup
seseorang manusia yang akan dapat memperkukuhkan keimanannya terhadap Allah
swt  Dalam hal ini, kita tidak nafikan bahawa sains teknologi dan kejuruteraan sangat penting
kepada kita terutama pada dunia hari ini. Namun, ianya juga terdapat impak lain dalam
kemunculan sains, teknologi dan kejuruteraan ini.


2.4)IMPAK/KESAN SAINS TEKNOLOGI DAN KEJURUTERAAN

Jika dilihat, bidang sains, teknologi dan kejuruteraan sebenaarnya tidak boleh dipisahkan antara satu sama lain. Ilmu ini juga sebenarnya mempunyai perkaitan antara dunia islam silam dan masa ini. Kemajuan teknologi kini merupakan sebahagian daripada matlamat dan kepentingan hidup seseorang yang dapat memperkukuh keimanannya kepada Allah SWT. Dalam hal ini, tidak dapat menafikan bahawa sains teknologi dan kejuruteraan sangat penting, terutamanya pada dunia hari ini.


2.4.1)KESAN PENGABAIAN SAINS DAN TEKNOLOGI KE ATAS UMAT ISLAM

BIDANG SOSIAL,Ketinggalan jauh berbanding umat dan bangsa yang lebih maju.  Maruah umat islam akan dipandang hina di mata dunia dan diperkotak-katikkan.

BIDANG EKONOMI,Umat islam akan mnjadi satu umat yang suka bergantung kepada kuasa asing. Kebanyakan penguasaan bidang ekonomi diterajui oleh bangsa asing.Penguasaan teknologi juga didominasi oleh bangsa asing.
BIDANG POLITIK, Umat islam akan ditindas dan dijajah oleh bangsa dan agama lain Umat islam tidak ada ilmu kepimpinan untuk berdikari dan memimpin negaranya sendiri.

BIDANG PENDIDIKAN,Kesepaduan ilmu dengan agama sudah wujud lagi.Penerapan dan pelaksanaa sains dan teknologi dan nilai-nilai agama yang sebenar.Pelaksanaan sistem pendidikan yang dilaksanakan adalah secara dualisme.

BIDANG SAINS, TEKNOLOGI DAN KEJURUTERAAN, Umat islam bergantung kepada sains dan teknologi barat yang akan menimbulkan masalah kelak. Keuntungan akn menyumbang kepada dunia teknologi barat sendiri. Umat islaam akan mundur dan malas untuk mencipta teknologi baruyg blh digunkan alam sejagat.


2.5)KEBAIKAN DAN KEBURUKAN SAINS TEKNOLOGI DAN
KEJURUTERAAN TERHADAP UMAT ISLAM.


Dalam aspek Pertahanan, kebaikannya adalah Mampu melindungi negara dari serangan musuh-musuh. Contohnya dengan penciptaan senjata dan kelengkapan perang. Keburukannya pula adalah , Membawa kepada kemusnahan dunia termasuklah alam sekitar, dan juga nyawa yang terkorban. Menyebabkan rusuhan berlakuMenyebabkan tamakkan kuasa berlaku.

Dalam aspek Teknologi maklumat , kebaikannya adalah Membolehkan semua lapisan masyarakat mendapat maklumat dengan begitu mudah. Jalan dakwah terbuka luas (alternatif medan dakwah. Maklumat dapat dicapai dengan pantas dan dapat berhubung antara satu sama lain tanpa sempadan. Keburukannya pula adalah , Muda mudi terpengaruh dengan kelebihan teknologi ini. Teknologi mengabaikan nilai-nilai murni. Berlakunya pencerobahan maklumat ‘penggodam’ .Pengubahsuaian terhadap sesuatu fakta atau gambar akan berlaku. Berlakunya kegiatan seks melalui internet sahaja.

Dalam aspek Bio-teknologi , kebaikannya adalah Mampu menghasilkan makanan ubah suaian genetik (Genetically Modified Food)  yang mempunyai cirri-ciri terbaik seperti tahan lama, sedap dan bermutu. Teknik dan teknologi pertanian mengalami transformasi. Membantu meningkatkan produktiviti. Membantu dalam penghasilan baka, benih, dan racun dalam sektor pertanian. Keburukannya pula adalah , Sumber genetik yang digunakan untuk mengubah suaian makanan mengandungi bahan yang dilarang dalam syarak. GMF memberi kesan terhadap kesihatan manusia kerana mengandungi bendasing yang tidak diketahui kesan buruknya.

Dalam aspek Pengklonan,kebaikannya adalah Memberi pengetahuan baru kepada manusia. Keburukannya pula adalah , Disalahgunakan oleh pihak tertentu. Menyimpang dari landasan agama yang sebenar kerana menyalahi apa yang telah Allah ciptakan mengikut fitrah

Dalam aspek Perubatan (Stem Cell), kebaikannya adalah Banyak kelebihannya dalam membantu mengatasi pelbagai penyakit. Keburukannya pula adalah , Penggunaan “embryonic stem cell” bakal disalahgunakan juga untuk kegunaan pengklonan manusia.


Dalam aspek Teknologi laser,kebaikannya adalah Menggantikan peranan kabel dengan fiber optik untuk bidang komunikasi dan perindustrian. Maklumat yang dihantar adalah lebih cepat dan tepat serta meminimumkan kehilangan data. Keburukannya adalah , Penyelewengan penggunaan akan berlaku. Mudah diubahsuai oleh mereka yang mahir dan pakar.



2.6) PENCAPAIAN TAMADUN ISLAM DALAM SAINS TEKNOLOGI DAN KEJURUTERAAN.

Ketamadun sains teknologi dan kejuruteraan dalam Islam bukanlah perkara asing dalam pencapaian kemajuan dunia. Para sarjana Islam telah mempelopori kebanyakan bidang sains gunaan ini dalam menghasilkan pelbagai dapatan, penerokaan, inovasi dan hasil metod yang terkini


2.6.1) KEPERLUAN UNTUK MENGKAJI SEJARAH DAN KAITANNYA DENGAN SAINS TEKNOLOGI KEJURUTERAAN
Al-Quran telah menjelaskan dan menunjukkan betapa pentingnya sejarah dan hubungannya dengan kewujudan sesebuah tamadun manusia melalui peristiwa-peristiwa serta contoh-contoh umat terdahulu. Kisah yang dipaparkan dan diceritakan dalam al-Quran sebenarnya merupakan satu peristiwa yang benar-benar berlaku dan peristiwa serta contoh-contoh umat terdahulu. Kisah yang dipaparkan dan diceritakan dalam al-Quran sebenarnya merupakan satu peristiwa yang benar berlaku dan perlu dijadikan pengajaran kepada kita hari ini.
  Allah SWT telah berfirman di dalam al-Quran berkaitan dengan peristiwa sejarah yang dianggarkan sebanyak 1,000 ayat. Di dalamnya terdapat kisah-kisah nabi dan rasul, contohnya tentang kehebatan kerajaa Thamud, Kaum Ad, kaum Madyan dan keingkaran raja Firaun.Tujuan dan matlamat utama kisah-kisah dan peristiwa tersebut dalam Al-Quran adalah:-
Supaya manusia menjadikan contoh dan teladan aras apa yang berlaku.Firman Allah swt yang bermaksud: “Sesungguhnya pada kisah-kisah mereka terdapat pengajaran bagi orang yang berakal”.         (Surah Yusuf :111)
Mengesahkan bahawa Al-Quran itu adalah kalam Allah.Umat manusia sekarang selalu ingin kepada bukti .Jadi,segala kisah yang berlaku dalam Al-Quran adalah untuk mengesahkan bahawa Al-Quran adalah satu kitab yang diwahyukan oleh Allah kepada Nabi Muhammad SAW.

Satu kaedah untuk manusia berfikir.Kisah dan peristiwa yang berlaku adalah untuk mendidik dan salah satu daripada kaedah untuk mengajak manusia berfikir.

Untuk membenarkan janji baik dan janji buruk dari Allah swt.Segala peristiwa yang berlaku adalah untuk membuktikan bahawa segala apa yang dijanjikan Allah adalah perkara yang benar.


2.6.2) SEJARAH SAINS DAN TEKNOLOGI ZAMAN NABI

Al-Quran banyak menceritakan kisah dan peristiwa-peristiwa yang berlaku pada zaman nabi terdahulu dan umat-umat sebelum ini.Tujuan Allah menceritakan cerita-cerita tersebut adalah sebagai pedoman dan panduan kepada manusia pada hari ini.Berikut adalah antara kisah yang terdapat dalam Al-Quran berkenaan dengan sejarah umat terdahulu.

1.Kisah Nabi Adam a.s.
     Merupakan nabi dan juga manusia pertama bergelar khalifah Allah SWT. Adam dijadikan olehAllah setelah allah menjadikan dunia dan Adam tidak mempunyai apa-apa pengetahuan sehinggalah Allah mengajarnya melalui malaikat Jibrail. Firman Allah yang bermaksud “ dan Dia telah mengajarkan Nabi Adam akan segala nama benda-benda dan gunanya, kemudian ditunjukkan kepada malaikat lalu ia berfirman: Terangkanlah kepadaKU nama benda-benda ini semuanya jika kamu golongan yang benarnya. (Surah al –Baqarah 2:31)




2.Kisah Nabi Idris a.s.
     Dalam Al-Quran hanya terdapat dua ayat sahaja yang menceritakan kisah Nabi Idris iaitu dalam dalam Surah Maryam yang bermaksud: “Dan ceritakanlah (hai Muhammad pada mereka kisah) Idris (yang tersebut) dalam Al-Quran .Sesungguhnya ia adalah seorang yang sangat membenarkan dan seorang nabi.Dan Kami telah mengangkatnya kemartabat yang tinggi”. (Surah Maryam 19:56-57)
Keturunan ke-6 dari Nabi Adam dan orang yang pertama menulis menggunakan pena dan mengenakan baju yang berjahit .Bahkan orang yang mula-mula menggunakan kulit sebagai pakaian .(Ab. Aziz Ismail,2008:15)

3.Kisah Nabi Nuh a.s.
     Nabi ke-4 selepas Nabi Adam,Syith dan Nabi Idris a.s.Menyampaikan dakwah selama 950 tahun tetapi ditolak oleh kaumnya.Akibat keingkaran kaumnya, Allah telah memerintahkan agar Nabi Nuh membina kapal untuk menyelamatkan diri apabila musim banjir melanda kelak. Beliau juga pakar dalam bidang sains, matematik dan teknologi logam.
           
 4.Kisah Nabi Ibrahim a.s
     Putera kepada Azar seorang menteri Raja Namrud dan seorang ahli bintang. Nabi Ibrahim pakar mengenai perjalanan cakerawala di langit. Firman Allah dalam surah al-An’am yang bermaksud: dan demikianlah Kami memperlihatkan kepada Ibrahim tanda-tanda keAgungan Kami yang terdapat dilangit dan dibumi, supaya menjadilah ia daripada orang-orang yang penuh yakin.

 5..Kisah Nabi Daud a.s
     Daud bin Yisya adalah keturunan ke-13 daripada nabi Ibrahim yang Baitul al-Laham. Allah SWT mengurniakan ketelitian, kebijaksanaan ilmu pengetahuan serta kesempurnaan ilmu. Antara kepakaran beliau ialah teknologi dalam perbuatan baju besi. Allah mengajar baginda cara-cara membuat baju besi untuk kegunaan peperangan. Firma Allah dalam surah al-Anbiya : 80 yang bermaksud ‘dan telah kami ajarkan kepada Daud membuat baju besi untuk kamu, dalam peperangan.’ (Surah al-Anbiya ayat 80)
 6. Kisah Nabi Sulaiman a.s
     Allah mengurniakan kepada Nabi Sulaiman yang sangat memahami semua bahasa termasuklah bahasa haiwan. Nabi Sulaiman merupakan Nabi yang mempunyai kerajaan yang banyak termasuklah pemerintahannya yang meliputi jin yang mana Allah memudahkan golongan itu bekerja dengan baginda. Allah berfirman Surah Saba’ yang bermaksud: “dan Kami kurniakan kepada Nabi Sulaiman kuasa menggunakan angina untuk perjalanannya adalah menyamai perjalan biasa sebulan, dan kami alihkan baginya mata air dan tembaga, dan kami mudahkan sebahagian dari jin untuk bekerja dihapannya dengan izin tuhanNya dan sesiapa dari jin itu yang menyeleweng dari perintah Kami, Kami akan merasakannya (pukulan) dan azab neraka.  (Surah Saba’34:12)


2.6.3)TEKNOLOGI KAUM TERDAHULU DAN PENGAJARAN DARIPADA PERISTIWA YANG BERLAKU


Pencapaian tamadun dalam bidang teknologi pada zaman dahulu atas hasil usaha kesarjanaan masyarakat pada ketika itu. Peristiwa yang mereka lakarkan merupakan bahan pengajaran untuk uma sejagat yang menjadi guru paling berkesan dalam mendepani cabaran mendatang.

Kaum ‘Ad (kaum Nabi Hud a.s)

     Antara pencapaian teknologi Kaum ‘Ad ialah pakar dalam bidang pembinaan bangunan yang tinggi-tinggi tiangnya. Selain itu, Kaum ‘Ad juga merupakan kaum yang sangat kuat dan kukuh dari segi pemerintahannya. Namum atas balasan kealpaan kaum ‘Ad, Allah SWT telah membinasakan mereka kerana ingkar kepada perintah-Nya. Seterusnya, Allah SWT telah membinasakan mereka dan bangunan-bangunan yang tinggi dengan ribut kencang.







Kaum Thamud (Kaum Nabi Soleh a.s)

     Antara pencapaian teknologi kaum Thamud ialah, kepakaran dalam memahat batu-batu besar yang dapat dilihat di lembah (Wadil-Qura, iaitu tempat tinggalnya). Namum atas kealpaan kaum Thamud, Allah SWT telah memberi balasan. Antara balasan yang menimpa kaum Thamud ialah, mereka telah dibinasakan oleh Allah SWT dengan satu letusan suara yang menggemparkan pada waktu pagi. Selain itu, mereka telah dibinasakan dengan petir yang sangat dahsyat.













RAJAH 1

Teknologi Firaun

     Antara teknologi yang terdapat pada zaman Firaun ialah, keparannya pada masa itu adalah menguasai bangunan-bangunan kukuh seperti pyramid di Mesir.Namun atas kealpaan Firaun menyebabkan Allah SWT membinasakan negeri mereka.Selain itu,kaum ini telah ditenggelamkan oleh Allah SWT akibat kesombongan dan keingkaran mereka dengan perintah Allah SWT.








RAJAH 2





2.6.4)SEJARAH SAINS DAN TEKNOLOGI ZAMAN   RASULULLAH SAW DAN ZAMAN KERAJAAN ISLAM


Pada Zaman Rasulullah SAW, Meletakkan asas dalam sains dan teknologi. Sains yang berdasarkan ayat-ayat al-Quran. Rasulullah SAW sering mengubati pesakit dengan membaca ayat-ayat al-Quran. Sains Islam bertapak di Madinah dan Mekah. Menuntut manusia mengkaji tentang manusia, haiwan, tumbuh-tumbuhan dan lain-lain.


Pada Zaman Khulafa’ Ar-Rasyidin, Perluasan wilayah sehingga ke Romawi dan Parsi. Zaman pertembungan sains Islam dengan Yunani, Parsi dan Romawi.


Pada Zaman Kerajaan Umayyah, Perkembangan ilmu sains sudah mula meluas.Terciptanya beberapa teknologi seperti perkapalan, alat peperangan & pertanian.


Pada Zaman Kerajaan Abbasiyyah, Munculnya Pusat Sains Islam di Baghdad. Wujudnya aktiviti penterjemahan secara besar-besaran. Munculnya Baitul Hikmah dalam kegiatan sains dan teknologi. Munculnya cendekiawan muslim yang ramai. Wujudnya institusi sains seperti balai cerap dan hospital.


Pada Zaman Kerajaan Islam di Andalus, Pusat-pusat sains dan intelektual muncul di kota-kota seperti Cordova, Granada, Seville.




2.6.5)SUMBANGAN SARJANA ISLAM DALAM PENCAPAIAN SAINS TEKNOLOGI DAN KEJURUTERAAN


Tokoh Islam Al-Razi (865 – 925M) Nama sebenarnya adalah Muhammad bin Zakaria al-Razi dalam Barat disebut Rhazes. Lahir di Ray berhampiran dengan Taheran Parsi. Sumbangannya adalah Tokoh perubatan Islam Karyanya , Kitab al-Hawi, dan yang paling terknenal adalah Kitab Tib al-Mansur dan Kitab al-Tib al-Ruhani.Sumbangannya adalah mengenal pasti perbezaan penyakit cacar dan campak.


Tokoh Islam Al-Khawarizmi (780 – 850M) Nama sebenarnya Muhammad ibn Musa al-Khawarizmi. Dianggap sebagai bapa al-Jibra.Sumbangannya adalah Tokoh matematik dan tokoh algebra. Karyanya diterjemahkan ke dalam bahasa Latin pada 1120M dengan judul De Numero Idorom.Antara karya yang terkneal adalah al-Jami’ Wa al-Jabar dan Kitab al-Mukhtasar fi Hisab al-Jabr wa al-Muqabalah.Sumbangannya dalam bidang geometri ialah memperkenalkan konsep segitiga sama, mengira luas segitiga, segiempat dan bulatan serta memperkenalkan algebra.Turut berperanan dalam bidang mekanikal tentang bagaimana menentukan ketumpatan spesifik dan berat kegravitian (tarikan bumi dan keapungan).Merupakan penyumbang kepada bidang astronomi dengan membuat beberapa jadual perjalanan matahari yang dikenali dengan namaZij. Jadual ini digunakan sebagai rujukan kepada pusat pengajian di Timur dan Barat.Antara buku beliau adalah Kitab al-Rakhamah, Kitab Zij al-Awwal, Kitab Zij al-Thani dan lain-lain.


Tokoh Islam Ibn Sina (370 – 480H / 980 – 1037M).Nama sebenar adalah Abu Ali Hussain bin Abdullah bin Sina.Dilahirkan di Afshina berhampiran Bandar Bukhara.Di Barat dikenali dengan namaAvicenna.Dikenali dengan nama tokoh perubatan agung dalam dunia Islam dan juga di Barat dikenali sebagai ‘al-Sheikh al-Rais’ atau ‘Prince of Physicians’.Sumbangannya adalah Tokoh perubatan Islam yang agung.Karyanya yang terkenal adalah Qanun fi al-Tibb (Canon of Medicine). Qanun fi al-Tibb mengandungi 5 buku dan merupakan enskiopedia perubatan. Sumbangannya adalah menganalisa pelbagai jenis penyakitdan telah menjadi doktor kepada beberapa khalifah al-Gurgan, Hamadan dan Isfahan. Juga orang pertama yang menemui ubat bius. Juga turut menyumbangkan kepada bidang mekanikal.


Tokoh Islam Al-Zahrawi (936 – 1013M)Nama sebenarnya Abu Qasim al-Zahrawi.Di Barat dikenali dengan nama Abu Casis. Sumbangannya adalah Tokoh pembedahan dan pakar bedah serta pernah berkhidmat sebagai doktor di istana al-Hakam II.Karya beliau dalam bidang bedah ialah Kitab al-Tasrif. Beliau menghasilkan karya mengenai penyediaan dadah daripada tumbuhan, mineral dan haiwan dengan nama Latinnya ialah Liber Servitoris. Antara sumbangan lain adalah mencipta teknik pembedahan dan mencipta alat pembedahan.



Tokoh Islam Al-Battani (858 – 929M)Nama sebenarnya adalah Muhammad ibn Jarir Sinan Abu Abdullah al-Battani dan dilahirkan di Battan. Di Barat dikenali dengan namaAlbategannius.Sumbangannya adalah Tokoh matematik dan astronomi.  Beliau memperkenalkan teorem tangent, kotangen, sinus dan kosinus serta menghasilkan sifir kotangen.Karya beliau adalah Kitab al-Zij iaitu menerangkan tulisan kritis yang membetulkan pelbagai kesilapan dalam takwim pada masa itu.Karyanya yang lain adalah Kitab al-Ma’rifat Matali al-Buruj fi Ma Baina Arba’ al-Falak, Risalah fi Miqdar, Tahqiq al-Ittisalat dan lain-lain.Sumbangan beliau adalah dalam bidang trigonometri iaitu mengemukakan kaedah pengiraan astronomi secara trigonometri.Sumbangan beliau adalah memulakan pencerapan terhadap bintang sejak tahun 264H sehingga tahun 306H.Kejayaannya beliau berjaya dalam menyiapkan jadual gerhana matahari.


Tokoh Islam Ab Rahman al-Sufi (903 – 986M).Sumbangannya adalah Tokoh matematik dan astronomi.Beliau memperkenalkan teorem tangent, kotangen, sinus dan kosinus serta menghasilkan sifir kotangen. Karya beliau adalah Kitab al-Zij iaitu menerangkan tulisan kritis yang membetulkan pelbagai kesilapan dalam takwim pada masa itu.Karyanya yang lain adalah Kitab al-Ma’rifat Matali al-Buruj fi Ma Baina Arba’ al-Falak, Risalah fi Miqdar, Tahqiq al-Ittisalat dan lain-lain. Sumbangan beliau adalah dalam bidang trigonometri iaitu mengemukakan kaedah pengiraan astronomi secara trigonometri. Sumbangan beliau adalah memulakan pencerapan terhadap bintang sejak tahun 264H sehingga tahun 306H. Kejayaannya beliau berjaya dalam menyiapkan jadual gerhana matahari.


Tokoh Islam Jabir Ibn Hayyan (750 – 803M) Di Bar dikenali dengan namaGeber. Dianggap sebagai ‘Bapa Kimia Arab’ dilahirkan di Kufah.Sumbangannya adalah Tokoh Kimia Islam. Teori kimia beliau adalah logam seperti timah, timah hitam, besi dan suasa (gangsa) boleh bertukar menjadi emas dan perak melalui proses menggunakan bahan-bahan Kimia seperti cinnaban (sulphide of mercury), arsenik oksid dan sebagainya.Antara karyanya adalah Kitab Ustuqus al ‘As al-Awwal ila al-Baramikah, Kitab Tafsir al-Ustiqus al-Wahid al-Kabir, Kitab al-Rukndan lain-lain.Sumbangannya adalah pengasas kepada kaedah penghabluran, penyulingan, pemejalwapan dan penyejatan.Sumbangan lain mencipta peralatan bagi kardah-kaedah ini dan memperkenalkan istilah kimia dan digunakan di Eropah iaitu alkali, antimoni, alembik (anbique), dan alchemy.


Tokoh Islam Al-JahizNama sebenarnya adalah Abu Uthman Amr ibn Bhar al-Jahiz dilahirkan di Bashrah.Sumbangannya adalah Tokoh terpenting dalam Sains Biologi.Menyusun sebuah buku pengajian komprehensif dalam bidang Zoologi melalui kitabnya Al-Hayawan.Kitab ini mengandungi jenis-jenis haiwan, perwatakan dan tabiat haiwan, penyakit-penyakit yang dihidapi oleh binatang serta cara-cara rawatannya.

Tokoh Islam Hunain Ibn Ishaq. Dilahirkan pada tahun 2921H di Bandar Hirah, Iraq.Sumbangannya adalah Merupakan tokoh dalam bidang farmasi berasal dari agama Kristian.Tokoh terulung ilmu perubatan dan mendahului tokoh perubatan yang lain.Seorang yang genius dalam bidang penterjemahan, mampu menguasai 14 bahasa antaranya bahasa Parsi, Yunan, Syiria, Arab dan lain-lain. Sumbangan beliau dalam bidang perubatan yang sangat besar ialah mencipta istilah-istilah baru dalam ilmu tersebut Antara karya beliau adalah Kitab al-Asr Maqalat al-‘Ayn, Kitab Masail Fi al-‘Ayn, Kitab al-Haman, Kitab al-Laban dan lain-lain.


Tokoh Islam Abu Raihan al-Biruni (362 – 442H / 973 – 1051M),Nama sebenarnya adalah Abu Raihan al-Biruni dilahirkan di luar Kota Khwarazm, bandar Khiva dalam tahun 362H / 973M.Sumbangannya adalah Tokoh astronomi Menuntut ilmu di bawah seorang guru dan bimbingan Abu Nasr al-Mansur seorang ahli astronomi dan matematik yang pernah menulis syarahan ke atas buku Spherics karya Menelaus dan merupakan penuntut kepada Abu al-Wafa’. Antara karyanya ialah al-Athar al-Baqiy’ah, al-Hind, dan Kitab al-Tafhimim

Tokoh-Tokoh Kejeruteraan Dalam Islam Yang Lain.

 Al-Jazari dan Taqi ad DinBerjaya membuat modifikasi kepada shaduf dan menerangkan kaedah penggunaannya dalam kitab-kitab karangan mereka. Shaduf ini adalah alat mengangkut air untuk kegunaan bagi tujuan pengairan, perumahan, industri dan lain-lain. Mesin yang telah dicipta telah digunakan di Sungai Yazid di Damascus di mana mesin ini berfungsi menerusi roda yang separuh terbenam dalam sungai dan akan berputar disebabkan oleh aliran sungai tersebut. Taqi Ad Din menerangkan dalam kitabnya mengenai alat mengepam air menggunakan roda berskoop.


Banu Musa.Mencipta mesin yang menggunakan bantuan air dan angin. Digunakan untuk memesin jagung, menghancurkan gula dan mengepam air.Berjaya mencipta bejana automatik yang boleh mengisi bejananya sendiri.




2.6.6) SUMBANGAN SAINS DAN TEKNOLOGI DAN KEJURUTERAAN KEPADA INSTITUSI INTELEKTUAL ISLAM


Institusi intelektual Islam sangat memainkan peranan penting dalam pembinaan dan dalam membangunkan tamadun Islam. Antaranya adalah Universiti dan institusi pendidikan.Wujudnya universiti-universiti di wilayah timur antaranya Univeristi al-Azhar, Universiti Granada di Andalus , Univerisiti Cordova dan Universiti Seville.


Perpustakaan.Wujudnya Baitul Hikmah yang didirikan oleh Khalifah Harun Ar-Rsyid di Baghdad.Sumbangannya berjaya melahirkan golongan penterjemah yang mahir, menjadi agen penukaran budaya dan pemindahan teknologi, menerbitkan bahan penterjemahan yang berkualiti dan berjaya menhghidupkan budaya ilmu. Menghimpunkan penterjemah dari pelbagai bangsa. Berjaya menginstitusikan ilmu pengetahuan.


HospitalBerperanan sebagai pusat pengajian, penyelidikan perubatan, rawatan pusat latihan kejururawatan dan kedoktoran.Berjaya mempelbagaikan kaedah rawatan terutama dalam spiritual, pencegahan, aromaterapi dan mengeluarkan penyakit. Memperkenalkan kaedah pembedahan untuk penyakit-penyakit tertentu.Berjaya menginstitusikan pusat rawatan iaitu hospital, hospital bergerak dan pusat kecemasan.Memperkenalkan etika dalam profesion kedoktoran dan pusat pengajian perubatan yang lebih teratur.


 Balai Cerap.Berperanan sebagai pusat penyelidikan, pusat latihan pembelajaran astronomi dan pusat pengumpulan data.Berjaya menggabungkan pelbagai disiplin ilmu dan pengkajian astronomi seperti matematik, trigonometri dan algebra.Dapat menghubungkan manusia dengan Penciptanya, membuat pembetulan data-data yang kurang tepat dalam tamadun silam, mewujudkan kecenderungan mengkaji alam secara rasional dan emprikal serta menekankan kaedah penggunaan instrument dan cerapan untuk mengisahkan teori.


Kejuruteraan Awam.Teknologi bangunan mempunyai kaitan rapat dengan bidang arkitek, berjaya menonjolkan teknologi senibina Islamyang mengkagumkan seperti Masjid al-Aqsa di Jurusalem dan juga Masjid Ummayad di Damascus yang dibina pada kurun ke-7 M.


 Teknologi Kejuruteraan Jalan Raya dan Jambatan.Yang dikagumi adalah pembinaan jambatan Shahristan di Isfahan, Iran pada kurun ke-12M yang mempunyai pintu gerbang yang sangat banyak dan bersegmen.




Kejuruteraan Hidrologi.Ketika pemerintahan Umar Abdul Aziz, beliau telah mengarahkan pembinaan terusan yang panjangnya 10 km untuk mengalirkan air Sungai Furat ke Bashrah sebagai punca air kerana berlakunya kemarau yang panjang.Di Parsi pula, teknologi air bawah tanah telah dibina di sekeliling Bandar Isfahan dengan mengalirkan air daripada Sungai Zayandirud bagi kegunaan pertanian dan perumahan.




SUMBANGANNYA PERANAN SAINS DAN TEKNOLOGI TERHADAP UMAT ISLAM


ASPEK PERTAHANAN: -penciptaan senjata dan kelengkapan perang (melindungi Negara daripada serangan musuh).TEKNOLOGI MAKLUMAT:-maklumat diperoleh dengan mudah dan dicapai dengan pantas tanpa sempadan. Jalan dakwah terbuka luas (alternative medan dakwah). PENGKLONAN:-memberi pengetahuan baru kepada manusia. BIO-TEKNOLOGI:-menghasilkan makanan ubah suaian genetik(Genetically Modified Food) yg mempunyai ciri terbaik. Selain itu, teknik & teknologi pertanian mengalami transformasi, meningkatkan produktiviti dan penghasilan baka, benih, dan racun dalam sector pertanian. PERUBATAN:-mengatasi pelbagai penyakit. TEKNOLOGI LASER:-menggantikan perana kabel dgn fiber optic dlm bidang komunikasi dan perindustrian, maklumat yg dihantar adlah cepat dan pantas.


Konklusinya, islam hanya menyokong teknologi yang dapat memberi manfaat kepada manusia dan alam sejagat dan menolak teknologi yang boleh membawa kerosakan kepada manusia dan muka bumi ini. teknologi yg diaplikasikan haruslah mengikut etika dan prinsip dasat islam. Manusia haruslah sedar bahawa tujuan utama teknologi ini dicipta adalh untuk kepentingan ibadat kepada Allah untuk mencari ilmu.






3.0)RUMUSAN


Kesimpulannya, sudah terang lagi bersuluh bahawa Pengajian Sains,Teknologi dan Kejuteraan dalam Islam banyak mengajar kami mengenai sejarah teknologi sekarang dari sudut pandangan Islam.Rata-rata penerangan berkenaan dari sudut sejarawan barat sudah memenuhi setiap genap ruang pemikiran rakyat negara ini.
Melalui bantuan dari pensyarah kami iaitu Ustaz Wan Ahmad Razif bin Wan Abd Ghani dan bantuan dari internet,kami dapat mengetahui sejarah Sains,Teknologi dan Kejuruteraan dari sudut Islam.Kebanyakan teknologi dari segi kejuruterran dan perubatan masa kini hasil dari pemikiran saintis Islam sejak zaman Bani Abbasiyah hingga ke zaman Bani Uthmaniyah.
Hasil kajian kami juga memperbanyakan ilmu pengetahuan kami mengenai Islam.Akhir sekali,kami mengharapkan dengan adanya Pengajian Sains,Teknologi dan Kejuruteraan dalam Islam dapat memimpin generasi akan datang dalam mengenali Islam dengan lebih baik supaya mereka berbangga dengan sejarah teknologi dan kejuruteraan Islam sejak zaman dulu.

Sekian,Assalammualaikum.

No comments:

Post a Comment