sains teknologi dan kejuruteraan dalam islam
Tuesday, 7 March 2017
sains teknologi kejuruteraan dalam islam bab 1
DUA
2012
SAINS
TEKNOLOGI DAN KEJURUTERAAN DALAM ISLAM
NO
|
NAMA PELAJAR
|
NO MATRIKS
|
1
|
NIKMAT AMIERUL ARIFF BIN NIK NIKMAT AZHAR
|
02DKA16F1009
|
2
|
MOHAMMAD ZHAFRI BIN OTHMAN
|
02DKA16F1023
|
3
|
MUHAMMAD SALMAN BIN TALMIZI
|
02DKA16F1027
|
4
|
AMIRUL IKHWAN BIN ZAKARIA
|
02DKA16F1040
|
5
|
MUHAMMAD AZIZ BIN MOHAMAD ALI
|
02DKA16F1044
|
6
|
MUHAMMAD AKMAL BIN AHMAD DUL KAMAL
|
02DKA16F1064
|
7
|
MOHD FADHLAN IZZUL BIN AHMAD KAMAL
|
02DKA16F1068
|
8
|
MUHAMMAD NAJIB BIN MUHAMAD SABRI
|
02DKA16F1072
|
9
|
MUHAMMAD ALIF NAJMI BIN ABIDIN
|
02DKA16F1109
|
10
|
MUHAMMAD HAZIQ BIN KAMARUZ ZAMAN
|
02DKA16F1113
|
11
|
WAN KHAIRIN SYAHMI BIN WAN KHAIDIR
|
02DKA16F1133
|
12
|
MUHAMMAD HAIRUL HAZRIEN BIN ALIAS
|
02DKA16F1151
|
13
|
MUHAMMAD DANISH AFIQ BIN ABDUL RAHMAN
|
02DKA16F1205
|
1.0)PENGHARGAAN
Bismillahrahmanirahim
Assalamualaikum w.b.t bersyukur kehadrat
illahi dengan limpah kurniaanya. Kami dapat menyiapkan tugasan ini dalam masa
yang ditetapkan oleh pensyarah kelas kami. Terlebih dulu kami ingin mengucapkan
jutaan dan setinggi-tinggi penghargaan terima kasih kepada pensyarah Politeknik
Sultan Haji Ahmad Shah khasnya kepada
pensyarah Sains Teknologi dan Kejuruteraan dalam Islam kami iaitu Ustaz
Wan Ahmad Razif bin Wan Abd Ghani yang
telah memberikan tugasan kepada kami. Kami kumpulan 1 kelas DKA2A telah diberikan
tugas untuk membuat tugasan yang bertajuk Sains Teknologi Dan
Kejuruteraan dalam Islam DUA 2012. Semasa
kajian dijalankan, kami bekerjasama dalam memberikan setiap idea kami untuk
dikongsi untuk memberikan hasil yang berkesan dan berkualiti ketika proses
melaksanakan tugasan ini.
Ahli kumpulan kami yang terdiri daripada
Nikmat Amierul Arif bin Nikmat Azhar, Mohammad Zhafri bin Othman,
Muhammad Salman bin Talmizi,Amirul Ikhwan bin Zakaria,Muhammad Aziz bin
Muhammad Ali,Muhammad Akmal bin Dul Kamal,Mohd Fadhlan Izzul bin Ahmad
Kamal,Muhammad Najib bin Muhamad Sabri,Muhammad Alif Najmi bin Abidin,Muhammad
Haziq bin Kamaruz zaman,wan Khairin Syahmi bin Wan Khaidir,Muhammad Hairul
Hazrien bin Alias dan Muhammad Danish Afiq bin Abdul Rahman. Kami telah berusaha untuk menjayakan tugasan ini
dengan membuat pelbagai perbincangan sebelum memulakan tugasan ini. Kami
berpendapat bahawa tajuk yang diberikan kepada kami ini merupakan fakta tentang
Sains Teknologi Dan Kejuruteraan Dalam Islam.
Pelbagai ilmu yang dapat kami
peroleh sepanjang kami menyiapkan tugasan ini. Sejajar dengan anjakan
paradigma dalam era globalisasi ini, begitulah peranan mahasiswa
khususnya bakal pendidik di negara ini untuk merungkaikan pelbagai ilmu
pendidikan di muka bumi ini. Pada dewasa kini, pelbagai pembangunan dari
segenap sudut begitu pesat terbina, begitulah juga pembangunan dalam bidang
pendidikan. Justeru, itu haruslah mahasiswa ini tergolong dalam orang yang
sentiasa menyaingi peradaban zaman yang begitu hebat. Kami berharap agar
ilmu yang kami kongsi ini dapat dimanfaatkan bersama dalam kehidupan
seharian sebagai makhluk Allah s.w.t di muka bumi ini.
2.0)PENGENALAN
Sains merupakan
penemuan pengetahuan baharu berdasarkan kajian dan pengalaman manusia secara
objektif yang bersumberkan wahyu dan akal . Seterusnya , dari segi teknologi
ialah ilmu yang berbentuk praktikal atau teknikal yang membolehkan manusia
membuat sesuatu perubahan yang bermanfaat keatas alam tabi`i serta tidak
terkeluar daripada etika serta prinsip-prinsip dasar Islam untuk membantu
kehidupan manusia, menabdikan diri, mengagungkan dan membesarkan Allah S.W.T.
Merujuk aspek kejuruteraan pula proses mereka bentuk teknologi dengan kaedah
yang paling efisyen bagi tujuan kebaikan manusia dalam memenuhi tugas khalifah
secara lebih berkesan .
Bidang sains sendiri
belum menemui kebenaran yang hakiki . Tradisi islam adalah untuk melahirkan
para saintis berteknologi muslim yang beriman dan berakhlak serta Islam menolak
kemajuan teknologi tanpa akhlak dan sains yang menolak spiritual . Justeru sains dalam pandangan Barat ,
beranggapan sumber wahyu tidak diperlukan berasaskan kepada prinsip logos dan
mitos . Logos adalah suatu penemuaan kekuatan hasil eksperimen manakala mitos
pula umpama khayalan yang tidak dapat dibuktikan secara tepat .
2.1)DEFINISI
Sains dan teknologi kejuruteraan
tidak dpat dipisahkan dengan bidang ilmu dalam Islam . Dalam bidang sains ,
sains ialah satu usaha manusia untuk menghuraikan sesuatu dengan tepat dan
secara kuantitatif mengenai alam tabii dan perjalanannya melalui pengamatan ,
hipotesis dan eksperimen yang benar . Antara konsep dalam sains ialah hukum ,
sebab dan akibat . Dalam hal ini , sains dan Islam sama-sama berpegang kepada
prinsip bahawa alam ini bersifat konseptual , iaitu sesutu yang boleh difahami
dan dimengerti .
2.1.1)DEFINISI SAINS DARI ASPEK
BAHASA DAN ISTILAH
Daripada perkataan
Inggeris iaituscience. Juga berasal daripada perkataan scio,
scire atau scientia (dari bahasa Latin) yang
bermaksud pengetahuan.Sains mengikut Encarta Encyclopedia ialah, “Systematized
knowledge in any field, but applied usually to the organization of
objectively verifiable sense experience.”Sains dalam skop yang luas
bermaksud ilmu-ilmu yang diperoleh secara sistematik berdasarkan
pengalaman deria yang dapat dibuktikan secara objektif.Boleh didefinisikan
sebagai satu ilmu yang dihasilkan melalui proses cerapan (iaitu analisis
dengan menggunakan panca indera) serta fahaman yang lahir
daripadanya.Sains adalah satu huraian secara sistematik tentang fenomena tabi’i
atau alam semula jadi yang melibatkan penggunaan intelek di samping
kaedah yang dapat diukur (kuantitatif).Kajian yang rasional dan emprikal
yang mana tiada kaitan dengan wahyu,intuisi, emosi dan perkara-perkara
agama.Sains terbahagi kepada tiga bahagian iaitu :
1. Sains
Tulen atau Sains Tabi’i
2. Sains
Gunaan (Teknologi dan Kejuruteraan)
3. Sains
Sosial (Tabiat Manusia)
2.1.2)DEFINISI SAINS DARI ASPEK KEILMUAN ISLAM
Sains
Islam berasaskan wahyu dan akal. Menjadikan wahyu sebagai sumber rujukan
tertinggi kerana wahyu datang daripada kuasa tanpa batas sedangkan akal adalah
satu perkara yang terbatas.Sains dalam Islam adalah sains yang berkonsepkan
tauhid yang mana ianya tunduk kepada prinsip-prinsip yang ditetapkan Allah
melalui rasul-Nya.Ia adalah satu maklumat atau fakta yang didapati menerusi
penyelidikan dan penemuan yang mengunakan kaedah-kaedah tertentu tidak
bercanggah dengan syarak untuk mencari fakta atau bukti bagi menjelaskan
sesuatu kebenaran.Dikaitkan dengan cabang ilmu pengetahuan yang sistematik,
yang bertolak dari sesuatu sebab dan akibat yang boleh diuji dan dikaji
kebenarannya.Menggabungkan unsur metafizik (ketuhanan) dan fizik, ilmu aqli dan
naqli, ilmu intelek dan ilmu wahyu.Sains Islam berasaskan nilai, neutral dan
objektif. Sains dalam Islam merangkumi 3 kategori
utama iaitu:-
Sains Propaedeutik = Melibatkan kemahiran seperti membaca , menulis ,
ilmu pengetahuan ,timbangan , pertanian , biografi dan sejarah.
Sains Syariah = Sains ini ialah satu bidang yang sama dengan ilmu agama
pada hari ini . Bidang yang termasuk dalam kategori ini ialah ilmu tajwid ,
hadis , syariah , tafsir dan lain-lain .
Sains Falsafah = Merangkumi bidang Matematik Propaedeutik , Logik , Sains
Tabii , dan Matematik Tabii .
2.1.3) TEKNOLOGI DARI ASPEK BAHASA DAN ISTILAH
Teknologi merupakan
satu konsep yang luas dan mempunyai lebih daripada satu takrifan.Takrifanyang
pertama ialah pembangunan dan penggunaan alatan,mesin,bahan,dan proses untuk
menyelesaikan masalah manusia.perkataan teknologiberasal dari perkataan
Greek.[Techne] bermaksud seni,kemahiran,rekaan dan[logia]yang bermaksud
pembelajaran,kajian.Istilahini bolih diguna pakai sama ada secara umum atau
dalam bidang tertentu.Contohnya teknologi pembinaan,teknologi perubatan dan
teknologi maklumat.
Istilah
teknologi selalunya berkait rapat dengan rekaan dan gadjet menggunakan prinsip
sains dan proses terkini.Namun rekaan lama seperti tayar masih menunjukkan
teknologi.Oleh itu,teknologi akan berubah apabila pengetahuan teknikal kita
berubah.Takrifan teknologi yang diguna pakai di sekolah dan institusi pengajian
tinggi di Malaysia ialah aplikasi pengetahuan sains yang boleh memanfaatkan
serta menyelesaikan masalah manusia yang dihadapi dalam kehidupan seharian.
Teknologi
dalam islam adalah satu cabang ilmu praktikal untuk mencapai tujuan praktikal
sebenar,bertunjangkan tauhid kepada Allah,seimbang antara satu sama lain
terlaksana mengikut system etika Islam yang mengutamakan keadilan dan
dipertanggungjawabkan kepada manusia sebagai khalifah Allah untuk menggunakan
alam tabi`i dengan baik.Dalam sejarah sains islam istilah yang bertepatan
dengan teknologi ialah sina`ah yang bermaksud ilmu gunaan.Pengetahuan yang
berhubung dengan teknik menggunakan pengetahuan sains,bertujuan memberi
kemudahan dan kemakmuran kepada manusia .Teknologi dalam islam adalah berbentuk
teknologi yang memberi manfaat iaitu tanpa unsur kerosakan dan tidak terkeluar
daripada etika serta prinsip-prinsip dasar islam .Kejuruteraan termasuk dalam
bidang sains gunaan yang berkaitan dengan teori asas dengan mereka bentuk
sesuatu hasil keperluan dan kegunaan yang boleh memberi khidmat kepada
manusia.Kejuruteraan juga bermaksud proses mereka bentuk teknologi dengan
kaedah yang paling efisyen.
2.1.4)TEKNOLOGI DARI ASPEK KEILMUAN ISLAM
Teknologi
dalam Islam satu cabang ilmu praktikal untuk mencapai tujuan praktikal sebenar,
bertunjangkan tauhid kepada Allah, seimbang antara satu sama lain, terlaksana
mengikut sistem etika Islam yang mengutamakan keadilan dan
dipertanggungjawabkan kepada manusia sebagai khalifah Allah untuk menggunakan
alam tabi’i dengan baik. (Wan Ramli Wan Daud, 1991)
Dalam
sejarah sains Islam, istilah yang bertepatan dengan teknologi ialah
istilah صناعة‘sina’ah’ yang bermaksud ilmu gunaan. . Pengetahuan yang berhubung dengan
teknik menggunakan pengetahuan sains. . Bertujuan memberi kemudahan dan
kemakmuran kepada manusia.
Teknologi
dalam Islam adalah berbentuk teknologi yang memberi manfaat iaitu tanpa unsur
kerosakan dan tidak terkeluar daripada etika serta prinsip-prinsip dasar Islam.
Teknologi satu pengetahuan kemahiran yang memberikan fokus kepada cara
menggunakan ciptaan sains untuk membantu kehidupan manusia mengabdikan diri
kepada Allah swt.
Ia
merujuk kepada dua kemahiran iaitu, Kemahiran dalam bidang pembuatan atau
pengeluaran.Kemahiran dalam bidang arkitek dan kejuruteraan.
2.1.5)KEJURUTERAAN DARI ASPEK BAHASA
Kejuruteraan termasuk dalam bidang sains gunaan (applied
science) yang berkaitan dengan teori asas dengan mereka bentuk sesuatu
hasil keperluan dan kegunaan yang boleh memberi khidmat kepada manusia. . Kejuruteraan juga bermaksud
proses mereka bentuk teknologi dengan kaedah yang paling efisyen.
2.1.6) KEJURUTERAAN DARI ASPEK KEILMUAN ISLAM
Kejuruteraan ialah
satu disiplin ilmu yang berkaitan dengan kepandaian dalam penggunaan teknologi
secara efisyen bagi tujuan kebaikan kepada manusia. Kejuruteraan dalam Islam
digunakan untuk membantu manusia memenuhi tugas sebagai khalifah secaa lebih
berkesan.
Kajian-kajian telah menunjukkan sumbangan para
sarjana dan jurutera Islam tersebar ke Benua Eropah, khususya Andalus
(Sepanyol) dan Itali. Dalam bidang kejuruteraan awam, penciptaan kubah dan
menara masjid membuktikan kefahaman dan kemahiran jurutera dan sarjana Islam.
Pada zaman pemerintahan Khalifah Umar, bidang kejuruteraan awam hidrologi
diperkenalkan dan beberapa buah terusan telah dibina. Terusan yang utama ialah
ialah terusan yang menghubungkan Sungai Nil dengan Laut Merah.
Rekaan-rekaan
menarik juga dapat dihasilkan dengan segala kemahiran dan kefahaman ilmu para
sarjana Islam dalam segala bidang kejuruteraan pada zaman itu apabiala
menggabungkan dengan rekaan seni-seni halus. Pada abad ke-8M, jurutera-jurutera
Islam telah mempelajari teknologi membuat kertas dan mendirikan beberapa buah
kilang kertas di Samarqand dan Baghdad. Pada awal abad ke-9M, Khalifah Harun
al-Rashid telah menghadiahkan sebuah jam air yang sungguh menarik kepada Raja
Charlemagne
Perkembangan semasa
di Malaysia turut mendorong permintaan yang tinggi terhadap profesion
kejuruteraan. Iu ini dapat dilihat hamper setiap hari jawatan kosong sebagai
jurutera diiklankan di dalam akhbar-akhbar tempatan dan media elektronik.
Walaupun skop kerjaya ini agak mencabar, namun mampu memberikan kepuasan kepada
para jurutera. Tambahan pula, dan imbuhan yang diberikan agak lumayan sekali
gus mampu menarik minat golongan muda untul menceburi bidang kejuruteraan ini.
2.2)CIRI-CIRI SAINS ISLAM
Sains
Islam adalah satu entity yang tidak boleh dipisahkan kerana setiap cabang
ilmunya yang saling melengkapi dan merujuk kalimah tauhid.Sains Islam ialah
mencapai kegemilangan dalam pelbagai bidang seperti ilmu astronomi dan ilmu
senibina pada zaman perkembangan islam bermula pada abad ke-7M sehingga abad
ke-16M.Sains islam bergerak diatas paksi akidah membawa satu mesej agung,iaitu
mentauhid dan mengagungkan Pencipta alam semesta.Sains Islam mempunyai lima
ciri seperti:
a)Keagamaan
b)Saintifik
c)Universal
d)Bersepadu
e)Harmoni
2.2.1)KEAGAMAAN
Ciri pertama ini
menuntut bidang sains Islam menerima wahyu sebagai sumber utama penyuburan dan
pengembangam ilmu.Setiap kajian ke atas sains adalah berpaksikan wahyu dan
analisis akal manusia.Kaedah teknik serta proses penyelidikan yang melibatkan sains tabii
adalah berteraskan petunjuk-petunjuk al-Quran dan hadis.
Nilai-nilai baik
atau buruk dan pahala atau dosamerupakan asas utama sains yang berfungsi dalam
kehidupan manusia.Hukum sebab-musabab dan penyelidikan sebagai satu ibadat
merupakan destini akhir kajian sains untuk mencari bukti kebesaran Allah SWT.
Sains dalam Islam
terikat dengan batasan hukum dan etika Islam.Saintis dan teknokrat yang Berjaya
ialah mereka yang mematuhi segala suruhan,meninggalkan larangan serta menyeru
kepada kebaikan.Walaupun mereka ialah golongan teknokrat yang mampu mengkaji
alam dengan keupayaan yang mereka miliki,namun mereka masih lagi berpegang dan
terikat dengan batas-batas hukum dan etika yang telah digariskan dalam
Islam.oleh yang demikian,segala penghasilan dan dapatan kajian yang melibatkan
produk atau kaedah yang mereka hasilkan hendaklah menyumbangkan kepada sesuatu
yang boleh meninggalkan segala larangan dan memperkasakan amalan kebaikan yang
dianjurkan Islam.Hal ini menunjukan bahawa saintis dan golongan teknokrat yang
baik adalah mereka yang beriman kepada Allah SWT dan berupaya utuk membawa
masyarakat kepada Allah SWT.
2.2.2)SAINTIFIK
Sains Islam
menggunakan kaedah emperikal yang diperkenalkan oleh islam sejak abad ke-7
masihi lagi.Adanya formula dan alatan-alatan yang berbentuk
klinikal.menggunakan kaedah sintesis keatas sumber-sumber tamadun yang
terdahulu.Seterusnya bentuknya sejagat melibatkan pelbagai
bangsa,agama,bahasa,tamadun,wilayah,zaman dan sebagainya.
2.2.3)UNIVERSAL
Sains Islam bersifat
universal atau sejagat kerana bukan sahaja dihasilkan oleh muslim tetapi juga
non muslim.
2.2.4)SEPADU
Ciri sepadu tidak
memisahkan cabang-cabang ilmu.Tanggungjawab fardhu ain dan fardhu kifayah yang
bersepadu.kajian yang bersifat menyeluruh.kajian alam fiziz tidak terpisah
dengan metafizik.Tidak terpisah daripada kepercayaan kepada Allah SWT kerana
keimanan kepada Allah SWT dijadikan sebagai asas kajian.
2.2.5)HARMONI
Ciri harmoni ialah
tidak dapat percanggahan antara sains dan agama.kajian yang dijalankan menuju
kepada matlamat yang sama iaitu pengabdian diri kepada Allah SWT.
2.3)PERANAN SAIN TEKNOLOGI DAN KEJURUTERAAN DALAM ISLAM
Membantu Manusia Mengenali Allah Sebagai
Pencipta
Ayat
al-Quran banyak menyebut dan menggalakkan kita manusia untuk berfikir,
menyelidik dan mengkaji. Penyelidikan Islam adalah berasaskan kepada wahyu
Allah membawa setiap kajian ke arah satu kepuasan yang telah ditentukan iaitu
dengan menunjukkan tanda-tanda kekuasaan Allah yang menjadikan segalanya.
Kewujudan
alam ini adalah sebagai tanda kewujudan dan kebesaran pencipta.Firman Allah
swt dalam Surah ‘Ali ‘imran yang bermaksud “Sesungguhnya
dalam penciptaan langit dan bumi, dan silih bergantinya malam dan siang
terdapat tanda-tanda (kekuasaan, kebijaksanaan dan keluasan rahmat Allah) bagi
orang-orang yang berakal”. (Surah ‘Ali ‘Imran : 190)
Islam
menetapkan sebarang perkara yang melibatkan kajian sains hendaklah berada dalam
kerangka dan panduan syariat bagi tujuan kebaikan manusia dan keredhaan Ilahi.
Dapatan
sains Islam menjadikan saintis lebih dekat kepada Allah SWT, sebaliknya dapatan
sains Barat lebih menjadikan manusia bongkak dan jauh daripada Allah SWT.
Teknologi dan
kejuruteraan Islam lebih mendidik hati dan fikiran manusia tentang keagungan
Allah swt melalui kecanggihan ciptaan manusia, Sementera teknologi dan
kejuruteraan Barat sekadar untuk menunjukkan kehebatan daya fikir manusia untuk
kepentingan diri.
Teknologi
digunakan utk memudahkan kerja2 manusia, namun ia mesti membawa manfaat sebenar
& tdk membawa kerosakan & kemusnahan kepada manusia & alam sejagat.
Dengan mengkaji alam tabii seperti sifat, peraturan dan hukum alam akan dapat
mendapat gambaran bahawa ada Pencipta dan Pengatur kepada segala sifat,
peraturan dan hukum yang ada di alam ini
Alam tabii: kitab terbuka (maftuhah)
– manusia memperolehi banyak ilmu dan maklumat daripada alam. Bukti
keesaan Allah s.w.t. boleh dilihat melalui kajian alam tabii. Firmannya
* “Sekiranya ada di
langit dan bumi tuhan selain Allah, tentulah keduanya itu akan rosak dan
binasa” (Al-Anbiya’ [21]: 22)
Kewujudan
alam merupakan satu tanda kewujudan pencipta. Antara surah yang menerangkannya
adalah (Ali-Imran [3]: 190-191), (Al-Mulk [67]: 3), dan (Yusuf [12]: 5-6).
Teknologi
adalah cabang ilmu praktik (sina'ah) iaitu ilmu untuk mencapai tujuan praktik
yang bertunjangkan tauhid, berimbang dan berseimbang dengan alam tabii,
terkekang dalam lingkungan had syariah, terlaksana mengikut sistem etika Islam
yang mengutamakan keadilan dan dipertanggung - jawabkan kepada manusia sebagai
khalifah dan hamba Allah di dunia. Ilmu sains melahirkan teknologi.
Teknologi (mengikut Merriam-Webster Dictionary, The American Heritage Dictionary
of the English Language: Fourth Edition dan WordNet Dictionary), boleh
didefinisikan sebagai, “Pengaplikasian atau penggunaan ilmu terutamanya
ilmu sains secara praktikal dan digunakan terutamanya dalam bidang perdagangan
dan industri untuk kemanfaatan manusia.” Justeru, ilmu sains merupakan
alat penting untuk membina teknologi namun ilmu sains bukanlah teknologi.
Sebagai contoh, sains membicarakan tentang teori atom dan daripada itu lahirlah
teknologi yang menghasilkan kuasa atom.
PERANAN SAINS
DALAM ISLAM
Mengukuhkan
iman, menguatkan aqidah dan meneguhkan kepercayaan. Tidak memisahkan ilmu
daripada iman dan menyisihkan agama daripada sains, saling memerlukan,
mengiktiraf dan menyokong. Ilmu untuk pengisian Iman dan amal bagi mencapai
ihsan dan kamal. Kecermelangan hidup di dunia demi memperoleh kegemilangan
kehidupan di Akhirat. Sains adalah pencapaian minda, tidak boleh dipisahkan
daripada ilmu keagamaan dan ilmu wahyu menjadi paksi landasan dalam menentukan
perkembangan ilmu intelek.
Sains
berlunaskan prinsip tauhid, iaitu melihat kewujudan makhluk membuktikan
wujudnya khaliq, iaitu Allah s.w.t. Fenomena tabii dan alam semesta merupakan
makhluk ciptaan Allah s.w.t. Fenomena alam menjadi petanda-petanda
Allah . keseragaman hukum alam yang terdapat pada sesuatu tabii merupakan
penyataan sifat keesaan Allah s.w.t. Keunikan kepelbagaian jenis yang tardapat
dalam sesuatu spesis memaparkan sifat kekayaan dan keluasan rahmat Allah s.w.t.
KETERBATASAN
ILMU SAINS
Islam memberi
kebebasan kepada para saintis untuk mengkaji, namun ia menyedari keterbatasan
intelek yang dimiliki manusia. Justeru, sains Islam menjadikan wahyu sebagai
sumber rujukan yang tertinggi. Dalam erti kata yang lain, dalam Islam, wahyu
mengatasi akal kerana wahyu datang daripada kuasa tanpa batas sedangkan akal
terbatas. Sains tidak boleh mengatasi wahyu. Justeru, sains dalam
Islam ialah sains yang berkonsepkan tauhid. Sains dalam Islam tunduk kepada
prinsip-prinsip yang ditetapkan Allah melalui rasulnya. Sains dalam Islam
tunduk kepada al-Quran.
Membantu
Manusia Supaya Bertafakkur.
Penyelidikan
sains teknologi dalam Islam akan membawa seseorang kepada sifat-sifat
tafakkur dan memberi kesedaran kepada manusia melalui penggunaan akal.
Penyelidikan
sains melalui wahyu-wahyu membawa kepada penerimaan kebesaran Allah SWT seperti
yang dijelaskan dalam Al-Quran surah Al-Baqarah iaitu
Maksudnya :
“Sesungguhnya dalam penciptaan langit dan bumi,
silih bergantinya malam dan siang, bahtera yang belayar di laut membawa apa
yang berguna bagi manusia, dan apa yang Allah turunkan dari langit berupa air,
lalu dengan air itu Dia hidupkan bumi sesudah mati (kering)-nya dan Dia
sebarkan di bumi itu segala jenis haiwan, dan pengisaran angin dan awan yang
dikendalikan antara langit dan bumi; sungguh terdapat tanda-tanda (keesaan dan
kebesaran Allah) bagi kaum yang memikirkan”
(Surah Al-Baqarah : 164)
Membantu
pelaksanaan syariat
Kajian sains
dan teknologi dalam Islam adalah didorong oleh kepentingan dalam pelaksanaan
syariat Islam. Pelaksanaan syariat akan berjalan lancar jika sekiranya
masyarakat Islam membangunkan peraturan perhubungan antara mereka.Kepentingan
untuk mengatur beberapa hubungan ini boleh dilihat kepada hubungan manusia
dengan Allah SWT, hubungan manusia sesama manusia serta hubungan manusia dengan
alam.
Kajian
di dalam bidang sains dan penerokaan teknologi adalah didorong berdasarkan
kepentingannya untuk melaksanakan syariat Islam dalam kehidupan
manusia.Pelaksanaan syariat seperti pelaksanaan fardu ain seperti solat, puasa,
zakat dan haji banyak dapat disempurnakan disebabkan oleh pencapaian akal
manusia dalam sains dan teknologi. Kepentingan untuk mengatur beberapa
hubungan ini boleh dilihat kepada hubungan manusia dengan Allah SWT, hubungan
manusia sesame manusia serta hubungan manusia dengan alam sejagat. Selain itu,
manusia dapat menggunakan akalnya dengan pengetahuannya untuk meramal sesuatu
perubahan cuaca. Contohnya:
DARI ASPEK
MENUTUP AURAT: (teknologi
yang diaplikasiakn adalah dengan menggunakan teknologi tekstil. Ianya adalah
bahan yang digunakan dalam barangan tersebut. -teknologi juga digunakan untuk
penentuan waktu solat dan kiblat. kompas & jam)
DARI ASPEK
PUASA: (mengetahui
tarikh bulan Ramadhan, mengetahui masuk & habis waktu)
DARI ASPEK ZAKAT: (mengetahui kewajipan berzakat, mengetahui kadar penentuan zakat - mesin pengiraan.)
DARI ASPEK
HAJI: (mengetahui
ketibaan musim haji, mengetahui arah Kaabah, kemudahan untuk sampai ke Mekah.)
DARI ASPEK FARDHU KIFAYAH: (memandikan jenazah - dengan penciptaan tempat mandi dan penggalian kubur - jentera seperti jengkaut)
MENGETAHUI
KEPENTINGAN AMALAN SYARIAH
Kajian sains
memberi pendedahan tentang kepentingan amalan agama dalam kehidupan
Solat sebagai terapi penyakit dan Puasa sebagai terapi
system pencernaan
Supaya manusia mampu
menentukan dan membuat ramalan akan sesuatu perkara.
Menentukan tarikh dengan
melakukan pencerapan iaitu mencerap bulan akan dapat memberi
ketentuan contohnya dalam
tarikh awal puasa, tarikh awal bulan dan lain-lain.
Manusia dapat menggunakan akalnya dengan pengetahuannya untuk meramal
sesuatu
perubahan cuaca.
Supaya manusia dapat berkarya dan berinovasi. Dengan mengkaji alam ini, manusia akan dapat menghasilkan sesuatu karya
dan mencipta sesuatu hasil daripada kajiannya. Dapat membantu manusia dalam memenuhi keperluan material dan kehidupan
seharian yang diperlukan.
Melalui
kajian sains dan teknologi, keperluan manusia dapat dipenuhi, menjadikan
kehidupan
manusia
selesa dan memenuhi keperluan dharuriyat dan hajiyat itu
sendiri dari segi
memenuhi keperluan asasi seperti makanan, tempat tinggal, pakaian,
pendidikan, perubatan,
pengangkutan dan lain-lain. Menjadikan
kehidupan manusia selesa. Memenuhi keperluan dharuriyat dan hajiyat manusia itu
sendiri.
Jika kita
lihat, sains, teknologi dan kejuruteraan sebenarnya tidak boleh dipisahkan
antara satu
sama lain.
Ilmu ini juga sebenarnya mempunyai perkaitan dengan dunia Islam silam dan hari
ini. Kemajuan
teknologi kini adalah sebahagian daripada matlamat kepentingan hidup
seseorang manusia
yang akan dapat memperkukuhkan keimanannya terhadap Allah
swt
Dalam hal ini, kita tidak nafikan bahawa sains teknologi dan kejuruteraan
sangat penting
kepada kita
terutama pada dunia hari ini. Namun, ianya juga terdapat impak lain dalam
kemunculan
sains, teknologi dan kejuruteraan ini.
2.4)IMPAK/KESAN SAINS TEKNOLOGI DAN KEJURUTERAAN
Jika dilihat, bidang
sains, teknologi dan kejuruteraan sebenaarnya tidak boleh dipisahkan antara
satu sama lain. Ilmu ini juga sebenarnya mempunyai perkaitan antara dunia islam
silam dan masa ini. Kemajuan teknologi kini merupakan sebahagian daripada
matlamat dan kepentingan hidup seseorang yang dapat memperkukuh keimanannya
kepada Allah SWT. Dalam hal ini, tidak dapat menafikan bahawa sains teknologi
dan kejuruteraan sangat penting, terutamanya pada dunia hari ini.
2.4.1)KESAN PENGABAIAN SAINS DAN TEKNOLOGI KE ATAS UMAT ISLAM
BIDANG
SOSIAL,Ketinggalan jauh
berbanding umat dan bangsa yang lebih maju. Maruah umat islam akan
dipandang hina di mata dunia dan diperkotak-katikkan.
BIDANG
EKONOMI,Umat islam akan mnjadi
satu umat yang suka bergantung kepada kuasa asing. Kebanyakan penguasaan
bidang ekonomi diterajui oleh bangsa asing.Penguasaan teknologi juga didominasi
oleh bangsa asing.
BIDANG
POLITIK, Umat islam akan
ditindas dan dijajah oleh bangsa dan agama lain Umat islam tidak ada ilmu
kepimpinan untuk berdikari dan memimpin negaranya sendiri.
BIDANG
PENDIDIKAN,Kesepaduan ilmu dengan
agama sudah wujud lagi.Penerapan dan pelaksanaa sains dan teknologi dan nilai-nilai
agama yang sebenar.Pelaksanaan sistem pendidikan yang dilaksanakan adalah
secara dualisme.
BIDANG
SAINS, TEKNOLOGI DAN KEJURUTERAAN, Umat islam bergantung kepada sains dan teknologi barat yang akan
menimbulkan masalah kelak. Keuntungan akn menyumbang kepada dunia teknologi
barat sendiri. Umat islaam akan mundur dan malas untuk mencipta teknologi
baruyg blh digunkan alam sejagat.
2.5)KEBAIKAN DAN KEBURUKAN SAINS TEKNOLOGI DAN
KEJURUTERAAN TERHADAP
UMAT ISLAM.
Dalam aspek Pertahanan, kebaikannya adalah Mampu melindungi negara dari serangan musuh-musuh. Contohnya dengan
penciptaan senjata dan kelengkapan perang. Keburukannya pula adalah , Membawa
kepada kemusnahan dunia termasuklah alam sekitar, dan juga nyawa yang
terkorban. Menyebabkan rusuhan berlaku. Menyebabkan tamakkan kuasa berlaku.
Dalam aspek Teknologi maklumat , kebaikannya adalah Membolehkan semua lapisan masyarakat mendapat
maklumat dengan begitu mudah. Jalan dakwah terbuka luas (alternatif medan dakwah. Maklumat dapat
dicapai dengan pantas dan dapat berhubung antara satu sama lain tanpa sempadan.
Keburukannya pula adalah , Muda mudi terpengaruh dengan kelebihan teknologi
ini. Teknologi mengabaikan nilai-nilai murni. Berlakunya pencerobahan maklumat ‘penggodam’
.Pengubahsuaian terhadap sesuatu fakta atau gambar akan berlaku. Berlakunya kegiatan seks melalui internet sahaja.
Dalam aspek Bio-teknologi , kebaikannya adalah Mampu menghasilkan makanan ubah suaian genetik (Genetically
Modified Food) yang mempunyai cirri-ciri terbaik seperti tahan lama,
sedap dan bermutu. Teknik dan teknologi pertanian mengalami
transformasi. Membantu meningkatkan produktiviti. Membantu dalam penghasilan baka, benih, dan racun
dalam sektor pertanian. Keburukannya pula adalah , Sumber genetik yang
digunakan untuk mengubah suaian makanan mengandungi bahan yang dilarang dalam
syarak. GMF memberi kesan terhadap kesihatan manusia kerana
mengandungi bendasing yang tidak diketahui kesan buruknya.
Dalam aspek Pengklonan,kebaikannya adalah Memberi pengetahuan baru kepada manusia. Keburukannya pula adalah ,
Disalahgunakan oleh pihak tertentu. Menyimpang dari landasan agama yang sebenar kerana menyalahi apa yang
telah Allah ciptakan mengikut fitrah
Dalam aspek Perubatan (Stem Cell), kebaikannya adalah Banyak kelebihannya dalam membantu mengatasi
pelbagai penyakit. Keburukannya pula adalah , Penggunaan “embryonic stem
cell” bakal disalahgunakan juga untuk kegunaan pengklonan manusia.
Dalam aspek Teknologi laser,kebaikannya adalah Menggantikan peranan kabel dengan fiber optik untuk
bidang komunikasi dan perindustrian. Maklumat yang dihantar adalah lebih cepat dan tepat serta meminimumkan
kehilangan data. Keburukannya adalah , Penyelewengan penggunaan akan berlaku. Mudah diubahsuai oleh mereka yang mahir dan pakar.
2.6) PENCAPAIAN TAMADUN ISLAM DALAM SAINS TEKNOLOGI DAN KEJURUTERAAN.
Ketamadun sains
teknologi dan kejuruteraan dalam Islam bukanlah perkara asing dalam pencapaian
kemajuan dunia. Para sarjana Islam telah mempelopori kebanyakan bidang sains
gunaan ini dalam menghasilkan pelbagai dapatan, penerokaan, inovasi dan hasil
metod yang terkini
2.6.1) KEPERLUAN UNTUK MENGKAJI SEJARAH DAN KAITANNYA DENGAN SAINS TEKNOLOGI KEJURUTERAAN
Al-Quran telah
menjelaskan dan menunjukkan betapa pentingnya sejarah dan hubungannya dengan
kewujudan sesebuah tamadun manusia melalui peristiwa-peristiwa serta
contoh-contoh umat terdahulu. Kisah yang dipaparkan dan diceritakan dalam
al-Quran sebenarnya merupakan satu peristiwa yang benar-benar berlaku dan
peristiwa serta contoh-contoh umat terdahulu. Kisah yang dipaparkan dan
diceritakan dalam al-Quran sebenarnya merupakan satu peristiwa yang benar
berlaku dan perlu dijadikan pengajaran kepada kita hari ini.
Allah SWT telah berfirman di dalam al-Quran
berkaitan dengan peristiwa sejarah yang dianggarkan sebanyak 1,000 ayat. Di
dalamnya terdapat kisah-kisah nabi dan rasul, contohnya tentang kehebatan
kerajaa Thamud, Kaum Ad, kaum Madyan dan keingkaran raja Firaun.Tujuan dan
matlamat utama kisah-kisah dan peristiwa tersebut dalam Al-Quran adalah:-
Supaya manusia
menjadikan contoh dan teladan aras apa yang berlaku.Firman Allah swt yang
bermaksud: “Sesungguhnya pada kisah-kisah mereka terdapat pengajaran bagi orang
yang berakal”. (Surah Yusuf :111)
Mengesahkan bahawa
Al-Quran itu adalah kalam Allah.Umat manusia sekarang selalu ingin kepada bukti
.Jadi,segala kisah yang berlaku dalam Al-Quran adalah untuk mengesahkan bahawa
Al-Quran adalah satu kitab yang diwahyukan oleh Allah kepada Nabi Muhammad SAW.
Satu kaedah untuk
manusia berfikir.Kisah dan peristiwa yang berlaku adalah untuk mendidik dan
salah satu daripada kaedah untuk mengajak manusia berfikir.
Untuk membenarkan
janji baik dan janji buruk dari Allah swt.Segala peristiwa yang berlaku adalah
untuk membuktikan bahawa segala apa yang dijanjikan Allah adalah perkara yang
benar.
2.6.2) SEJARAH SAINS DAN TEKNOLOGI ZAMAN NABI
Al-Quran banyak
menceritakan kisah dan peristiwa-peristiwa yang berlaku pada zaman nabi
terdahulu dan umat-umat sebelum ini.Tujuan Allah menceritakan cerita-cerita
tersebut adalah sebagai pedoman dan panduan kepada manusia pada hari ini.Berikut
adalah antara kisah yang terdapat dalam Al-Quran berkenaan dengan sejarah umat
terdahulu.
1.Kisah Nabi Adam
a.s.
Merupakan nabi dan juga manusia pertama
bergelar khalifah Allah SWT. Adam dijadikan olehAllah setelah allah menjadikan
dunia dan Adam tidak mempunyai apa-apa pengetahuan sehinggalah Allah
mengajarnya melalui malaikat Jibrail. Firman Allah yang bermaksud “ dan Dia
telah mengajarkan Nabi Adam akan segala nama benda-benda dan gunanya, kemudian
ditunjukkan kepada malaikat lalu ia berfirman: Terangkanlah kepadaKU nama
benda-benda ini semuanya jika kamu golongan yang benarnya. (Surah al –Baqarah
2:31)
2.Kisah Nabi Idris
a.s.
Dalam Al-Quran hanya terdapat dua ayat
sahaja yang menceritakan kisah Nabi Idris iaitu dalam dalam Surah Maryam yang
bermaksud: “Dan ceritakanlah (hai Muhammad pada mereka kisah) Idris (yang
tersebut) dalam Al-Quran .Sesungguhnya ia adalah seorang yang sangat
membenarkan dan seorang nabi.Dan Kami telah mengangkatnya kemartabat yang
tinggi”. (Surah Maryam 19:56-57)
Keturunan ke-6 dari
Nabi Adam dan orang yang pertama menulis menggunakan pena dan mengenakan baju
yang berjahit .Bahkan orang yang mula-mula menggunakan kulit sebagai pakaian
.(Ab. Aziz Ismail,2008:15)
3.Kisah Nabi Nuh
a.s.
Nabi ke-4 selepas Nabi Adam,Syith dan Nabi
Idris a.s.Menyampaikan dakwah selama 950 tahun tetapi ditolak oleh
kaumnya.Akibat keingkaran kaumnya, Allah telah memerintahkan agar Nabi Nuh
membina kapal untuk menyelamatkan diri apabila musim banjir melanda kelak.
Beliau juga pakar dalam bidang sains, matematik dan teknologi logam.
4.Kisah Nabi Ibrahim a.s
Putera kepada Azar seorang menteri Raja
Namrud dan seorang ahli bintang. Nabi Ibrahim pakar mengenai perjalanan
cakerawala di langit. Firman Allah dalam surah al-An’am yang bermaksud: dan
demikianlah Kami memperlihatkan kepada Ibrahim tanda-tanda keAgungan Kami yang
terdapat dilangit dan dibumi, supaya menjadilah ia daripada orang-orang yang
penuh yakin.
5..Kisah Nabi Daud a.s
Daud bin Yisya adalah keturunan ke-13
daripada nabi Ibrahim yang Baitul al-Laham. Allah SWT mengurniakan ketelitian,
kebijaksanaan ilmu pengetahuan serta kesempurnaan ilmu. Antara kepakaran beliau
ialah teknologi dalam perbuatan baju besi. Allah mengajar baginda cara-cara
membuat baju besi untuk kegunaan peperangan. Firma Allah dalam surah al-Anbiya
: 80 yang bermaksud ‘dan telah kami ajarkan kepada Daud membuat baju besi untuk
kamu, dalam peperangan.’ (Surah al-Anbiya ayat 80)
6. Kisah Nabi Sulaiman a.s
Allah
mengurniakan kepada Nabi Sulaiman yang sangat memahami semua bahasa termasuklah
bahasa haiwan. Nabi Sulaiman merupakan Nabi yang mempunyai kerajaan yang banyak
termasuklah pemerintahannya yang meliputi jin yang mana Allah memudahkan
golongan itu bekerja dengan baginda. Allah berfirman Surah Saba’ yang
bermaksud: “dan Kami kurniakan kepada Nabi Sulaiman kuasa menggunakan angina
untuk perjalanannya adalah menyamai perjalan biasa sebulan, dan kami alihkan
baginya mata air dan tembaga, dan kami mudahkan sebahagian dari jin untuk
bekerja dihapannya dengan izin tuhanNya dan sesiapa dari jin itu yang
menyeleweng dari perintah Kami, Kami akan merasakannya (pukulan) dan azab
neraka. (Surah Saba’34:12)
2.6.3)TEKNOLOGI KAUM TERDAHULU DAN PENGAJARAN DARIPADA PERISTIWA YANG BERLAKU
Pencapaian tamadun dalam bidang teknologi pada
zaman dahulu atas hasil usaha kesarjanaan masyarakat pada ketika itu. Peristiwa
yang mereka lakarkan merupakan bahan pengajaran untuk uma sejagat yang menjadi
guru paling berkesan dalam mendepani cabaran mendatang.
Kaum ‘Ad (kaum Nabi Hud a.s)
Antara
pencapaian teknologi Kaum ‘Ad ialah pakar dalam bidang pembinaan bangunan yang
tinggi-tinggi tiangnya. Selain itu, Kaum ‘Ad juga merupakan kaum yang sangat
kuat dan kukuh dari segi pemerintahannya. Namum atas balasan kealpaan kaum ‘Ad,
Allah SWT telah membinasakan mereka kerana ingkar kepada perintah-Nya.
Seterusnya, Allah SWT telah membinasakan mereka dan bangunan-bangunan yang
tinggi dengan ribut kencang.
Kaum Thamud (Kaum Nabi Soleh a.s)
Antara
pencapaian teknologi kaum Thamud ialah, kepakaran dalam memahat batu-batu besar
yang dapat dilihat di lembah (Wadil-Qura, iaitu tempat tinggalnya). Namum atas
kealpaan kaum Thamud, Allah SWT telah memberi balasan. Antara balasan yang
menimpa kaum Thamud ialah, mereka telah dibinasakan oleh Allah SWT dengan satu
letusan suara yang menggemparkan pada waktu pagi. Selain itu, mereka telah
dibinasakan dengan petir yang sangat dahsyat.
RAJAH
1
Teknologi Firaun
Antara
teknologi yang terdapat pada zaman Firaun ialah, keparannya pada masa itu
adalah menguasai bangunan-bangunan kukuh seperti pyramid di Mesir.Namun atas
kealpaan Firaun menyebabkan Allah SWT membinasakan negeri mereka.Selain
itu,kaum ini telah ditenggelamkan oleh Allah SWT akibat kesombongan dan
keingkaran mereka dengan perintah Allah SWT.
2.6.4)SEJARAH SAINS DAN TEKNOLOGI ZAMAN RASULULLAH SAW DAN ZAMAN KERAJAAN ISLAM
Pada Zaman Rasulullah SAW, Meletakkan asas dalam
sains dan teknologi. Sains yang berdasarkan
ayat-ayat al-Quran. Rasulullah SAW sering
mengubati pesakit dengan membaca ayat-ayat al-Quran. Sains Islam bertapak di Madinah dan Mekah. Menuntut manusia mengkaji tentang manusia, haiwan,
tumbuh-tumbuhan dan lain-lain.
Pada Zaman Khulafa’ Ar-Rasyidin, Perluasan wilayah
sehingga ke Romawi dan Parsi. Zaman
pertembungan sains Islam dengan Yunani, Parsi dan Romawi.
Pada Zaman Kerajaan Umayyah, Perkembangan ilmu
sains sudah mula meluas.Terciptanya beberapa teknologi seperti perkapalan, alat
peperangan & pertanian.
Pada Zaman Kerajaan Abbasiyyah, Munculnya Pusat
Sains Islam di Baghdad. Wujudnya aktiviti
penterjemahan secara besar-besaran. Munculnya
Baitul Hikmah dalam kegiatan sains dan teknologi. Munculnya
cendekiawan muslim yang ramai. Wujudnya
institusi sains seperti balai cerap dan hospital.
Pada Zaman Kerajaan Islam di Andalus, Pusat-pusat
sains dan intelektual muncul di kota-kota seperti Cordova, Granada, Seville.
2.6.5)SUMBANGAN
SARJANA ISLAM DALAM PENCAPAIAN SAINS TEKNOLOGI DAN KEJURUTERAAN
Tokoh Islam Al-Razi (865 – 925M) Nama sebenarnya adalah Muhammad bin Zakaria al-Razi
dalam Barat disebut Rhazes. Lahir
di Ray berhampiran dengan Taheran Parsi. Sumbangannya adalah Tokoh perubatan
Islam Karyanya , Kitab
al-Hawi, dan yang paling terknenal adalah Kitab Tib al-Mansur dan
Kitab al-Tib al-Ruhani.Sumbangannya adalah mengenal pasti perbezaan
penyakit cacar dan campak.
Tokoh Islam Al-Khawarizmi (780 – 850M) Nama sebenarnya Muhammad ibn Musa al-Khawarizmi. Dianggap sebagai bapa al-Jibra.Sumbangannya
adalah Tokoh matematik dan tokoh algebra. Karyanya
diterjemahkan ke dalam bahasa Latin pada 1120M dengan judul De Numero
Idorom.Antara karya yang terkneal adalah al-Jami’ Wa al-Jabar dan
Kitab al-Mukhtasar fi Hisab al-Jabr wa al-Muqabalah.Sumbangannya dalam
bidang geometri ialah memperkenalkan konsep segitiga sama, mengira luas
segitiga, segiempat dan bulatan serta memperkenalkan algebra.Turut berperanan
dalam bidang mekanikal tentang bagaimana menentukan ketumpatan spesifik dan
berat kegravitian (tarikan bumi dan keapungan).Merupakan penyumbang kepada
bidang astronomi dengan membuat beberapa jadual perjalanan matahari yang
dikenali dengan namaZij. Jadual ini digunakan
sebagai rujukan kepada pusat pengajian di Timur dan Barat.Antara buku beliau
adalah Kitab al-Rakhamah, Kitab Zij al-Awwal, Kitab Zij al-Thani dan
lain-lain.
Tokoh Islam Ibn Sina (370 – 480H / 980 – 1037M).Nama sebenar adalah Abu Ali Hussain bin Abdullah
bin Sina.Dilahirkan di Afshina berhampiran Bandar Bukhara.Di Barat dikenali
dengan namaAvicenna.Dikenali dengan nama tokoh perubatan agung dalam dunia
Islam dan juga di Barat dikenali sebagai ‘al-Sheikh al-Rais’ atau ‘Prince
of Physicians’.Sumbangannya adalah Tokoh perubatan Islam yang agung.Karyanya
yang terkenal adalah Qanun fi al-Tibb (Canon of Medicine). Qanun fi al-Tibb mengandungi 5 buku dan
merupakan enskiopedia perubatan. Sumbangannya
adalah menganalisa pelbagai jenis penyakitdan telah menjadi doktor kepada
beberapa khalifah al-Gurgan, Hamadan dan Isfahan. Juga
orang pertama yang menemui ubat bius. Juga
turut menyumbangkan kepada bidang mekanikal.
Tokoh Islam Al-Zahrawi (936 – 1013M). Nama sebenarnya Abu Qasim al-Zahrawi.Di Barat
dikenali dengan nama Abu Casis. Sumbangannya adalah Tokoh pembedahan dan pakar
bedah serta pernah berkhidmat sebagai doktor di istana al-Hakam II.Karya beliau
dalam bidang bedah ialah Kitab al-Tasrif. Beliau
menghasilkan karya mengenai penyediaan dadah daripada tumbuhan, mineral dan
haiwan dengan nama Latinnya ialah Liber Servitoris. Antara sumbangan lain adalah mencipta teknik
pembedahan dan mencipta alat pembedahan.
Tokoh Islam Al-Battani (858 – 929M). Nama sebenarnya adalah Muhammad ibn Jarir Sinan Abu
Abdullah al-Battani dan dilahirkan di Battan. Di
Barat dikenali dengan namaAlbategannius.Sumbangannya adalah Tokoh matematik dan
astronomi. Beliau memperkenalkan
teorem tangent, kotangen, sinus dan kosinus serta menghasilkan sifir
kotangen.Karya beliau adalah Kitab al-Zij iaitu menerangkan tulisan
kritis yang membetulkan pelbagai kesilapan dalam takwim pada masa itu.Karyanya
yang lain adalah Kitab al-Ma’rifat Matali al-Buruj fi Ma Baina Arba’
al-Falak, Risalah fi Miqdar, Tahqiq al-Ittisalat dan lain-lain.Sumbangan
beliau adalah dalam bidang trigonometri iaitu mengemukakan kaedah pengiraan
astronomi secara trigonometri.Sumbangan beliau adalah memulakan pencerapan
terhadap bintang sejak tahun 264H sehingga tahun 306H.Kejayaannya beliau
berjaya dalam menyiapkan jadual gerhana matahari.
Tokoh Islam Ab Rahman al-Sufi (903 – 986M).Sumbangannya
adalah Tokoh matematik dan astronomi.Beliau memperkenalkan teorem tangent,
kotangen, sinus dan kosinus serta menghasilkan sifir kotangen. Karya beliau adalah Kitab al-Zij iaitu
menerangkan tulisan kritis yang membetulkan pelbagai kesilapan dalam takwim
pada masa itu.Karyanya yang lain adalah Kitab al-Ma’rifat Matali al-Buruj
fi Ma Baina Arba’ al-Falak, Risalah fi Miqdar, Tahqiq al-Ittisalat dan
lain-lain. Sumbangan beliau adalah
dalam bidang trigonometri iaitu mengemukakan kaedah pengiraan astronomi secara
trigonometri. Sumbangan beliau adalah
memulakan pencerapan terhadap bintang sejak tahun 264H sehingga tahun 306H. Kejayaannya beliau berjaya dalam menyiapkan jadual
gerhana matahari.
Tokoh Islam Jabir Ibn Hayyan (750 – 803M) Di Bar dikenali dengan namaGeber. Dianggap sebagai ‘Bapa Kimia Arab’ dilahirkan di
Kufah.Sumbangannya adalah Tokoh Kimia Islam. Teori
kimia beliau adalah logam seperti timah, timah hitam, besi dan suasa (gangsa)
boleh bertukar menjadi emas dan perak melalui proses menggunakan bahan-bahan
Kimia seperti cinnaban (sulphide of mercury), arsenik oksid dan
sebagainya.Antara karyanya adalah Kitab Ustuqus al ‘As al-Awwal ila
al-Baramikah, Kitab Tafsir al-Ustiqus al-Wahid al-Kabir, Kitab al-Rukndan
lain-lain.Sumbangannya adalah pengasas kepada kaedah penghabluran, penyulingan,
pemejalwapan dan penyejatan.Sumbangan lain mencipta peralatan bagi
kardah-kaedah ini dan memperkenalkan istilah kimia dan digunakan di Eropah
iaitu alkali, antimoni, alembik (anbique), dan alchemy.
Tokoh Islam Al-Jahiz, Nama
sebenarnya adalah Abu Uthman Amr ibn Bhar al-Jahiz dilahirkan di
Bashrah.Sumbangannya adalah Tokoh terpenting dalam Sains Biologi.Menyusun
sebuah buku pengajian komprehensif dalam bidang Zoologi melalui
kitabnya Al-Hayawan.Kitab ini mengandungi jenis-jenis haiwan, perwatakan
dan tabiat haiwan, penyakit-penyakit yang dihidapi oleh binatang serta
cara-cara rawatannya.
Tokoh Islam Hunain Ibn Ishaq. Dilahirkan pada tahun 2921H di Bandar Hirah,
Iraq.Sumbangannya adalah Merupakan tokoh dalam bidang farmasi berasal dari
agama Kristian.Tokoh terulung ilmu perubatan dan mendahului tokoh perubatan
yang lain.Seorang yang genius dalam bidang penterjemahan, mampu menguasai 14
bahasa antaranya bahasa Parsi, Yunan, Syiria, Arab dan lain-lain. Sumbangan beliau dalam bidang perubatan yang sangat
besar ialah mencipta istilah-istilah baru dalam ilmu tersebut Antara karya beliau adalah Kitab al-Asr
Maqalat al-‘Ayn, Kitab Masail Fi al-‘Ayn, Kitab al-Haman, Kitab
al-Laban dan lain-lain.
Tokoh Islam Abu Raihan
al-Biruni (362 – 442H / 973 – 1051M),Nama sebenarnya adalah Abu Raihan al-Biruni
dilahirkan di luar Kota Khwarazm, bandar Khiva dalam tahun 362H /
973M.Sumbangannya adalah Tokoh astronomi Menuntut ilmu di bawah seorang guru dan bimbingan
Abu Nasr al-Mansur seorang ahli astronomi dan matematik yang pernah menulis
syarahan ke atas buku Spherics karya Menelaus dan merupakan penuntut
kepada Abu al-Wafa’. Antara karyanya ialah al-Athar al-Baqiy’ah,
al-Hind, dan Kitab al-Tafhimim
Tokoh-Tokoh
Kejeruteraan Dalam Islam Yang Lain.
Al-Jazari dan Taqi ad
Din. Berjaya membuat
modifikasi kepada shaduf dan menerangkan kaedah penggunaannya dalam kitab-kitab
karangan mereka. Shaduf ini adalah alat
mengangkut air untuk kegunaan bagi tujuan pengairan, perumahan, industri dan
lain-lain. Mesin yang telah dicipta
telah digunakan di Sungai Yazid di Damascus di mana mesin ini berfungsi
menerusi roda yang separuh terbenam dalam sungai dan akan berputar disebabkan
oleh aliran sungai tersebut. Taqi
Ad Din menerangkan dalam kitabnya mengenai alat mengepam air menggunakan roda
berskoop.
Banu Musa.Mencipta
mesin yang menggunakan bantuan air dan angin. Digunakan
untuk memesin jagung, menghancurkan gula dan mengepam air.Berjaya mencipta
bejana automatik yang boleh mengisi bejananya sendiri.
2.6.6) SUMBANGAN SAINS DAN TEKNOLOGI DAN
KEJURUTERAAN KEPADA INSTITUSI INTELEKTUAL ISLAM
Institusi
intelektual Islam sangat memainkan peranan penting dalam pembinaan dan dalam
membangunkan tamadun Islam. Antaranya adalah Universiti dan institusi pendidikan.Wujudnya universiti-universiti di
wilayah timur antaranya Univeristi al-Azhar, Universiti Granada di Andalus , Univerisiti Cordova dan Universiti
Seville.
Perpustakaan.Wujudnya Baitul Hikmah yang didirikan oleh Khalifah
Harun Ar-Rsyid di Baghdad.Sumbangannya berjaya melahirkan golongan penterjemah
yang mahir, menjadi agen penukaran budaya dan pemindahan teknologi, menerbitkan
bahan penterjemahan yang berkualiti dan berjaya menhghidupkan budaya ilmu. Menghimpunkan penterjemah dari pelbagai bangsa. Berjaya menginstitusikan ilmu pengetahuan.
Hospital. Berperanan sebagai pusat pengajian, penyelidikan
perubatan, rawatan pusat latihan kejururawatan dan kedoktoran.Berjaya
mempelbagaikan kaedah rawatan terutama dalam spiritual, pencegahan, aromaterapi
dan mengeluarkan penyakit. Memperkenalkan kaedah pembedahan untuk penyakit-penyakit
tertentu.Berjaya menginstitusikan pusat rawatan iaitu hospital, hospital
bergerak dan pusat kecemasan.Memperkenalkan etika dalam profesion kedoktoran
dan pusat pengajian perubatan yang lebih teratur.
Balai Cerap.Berperanan sebagai pusat penyelidikan,
pusat latihan pembelajaran astronomi dan pusat pengumpulan data.Berjaya
menggabungkan pelbagai disiplin ilmu dan pengkajian astronomi seperti
matematik, trigonometri dan algebra.Dapat menghubungkan manusia dengan
Penciptanya, membuat pembetulan data-data yang kurang tepat dalam tamadun
silam, mewujudkan kecenderungan mengkaji alam secara rasional dan emprikal
serta menekankan kaedah penggunaan instrument dan cerapan untuk mengisahkan
teori.
Kejuruteraan Awam.Teknologi bangunan mempunyai kaitan rapat dengan
bidang arkitek, berjaya menonjolkan teknologi senibina Islamyang mengkagumkan
seperti Masjid al-Aqsa di Jurusalem dan juga Masjid Ummayad di Damascus yang
dibina pada kurun ke-7 M.
Teknologi Kejuruteraan Jalan Raya dan Jambatan.Yang
dikagumi adalah pembinaan jambatan Shahristan di Isfahan, Iran pada kurun
ke-12M yang mempunyai pintu gerbang yang sangat banyak dan bersegmen.
Kejuruteraan
Hidrologi.Ketika pemerintahan Umar Abdul Aziz, beliau telah
mengarahkan pembinaan terusan yang panjangnya 10 km untuk mengalirkan air
Sungai Furat ke Bashrah sebagai punca air kerana berlakunya kemarau yang
panjang.Di Parsi pula, teknologi air bawah tanah telah dibina di sekeliling
Bandar Isfahan dengan mengalirkan air daripada Sungai Zayandirud bagi kegunaan
pertanian dan perumahan.
SUMBANGANNYA PERANAN
SAINS DAN TEKNOLOGI TERHADAP UMAT ISLAM
ASPEK PERTAHANAN: -penciptaan senjata dan kelengkapan perang (melindungi
Negara daripada serangan musuh).TEKNOLOGI MAKLUMAT:-maklumat diperoleh
dengan mudah dan dicapai dengan pantas tanpa sempadan. Jalan dakwah terbuka
luas (alternative medan dakwah). PENGKLONAN:-memberi pengetahuan baru
kepada manusia. BIO-TEKNOLOGI:-menghasilkan makanan ubah suaian genetik(Genetically
Modified Food) yg mempunyai ciri terbaik. Selain itu, teknik &
teknologi pertanian mengalami transformasi, meningkatkan produktiviti dan
penghasilan baka, benih, dan racun dalam sector pertanian. PERUBATAN:-mengatasi
pelbagai penyakit. TEKNOLOGI LASER:-menggantikan perana kabel dgn fiber
optic dlm bidang komunikasi dan perindustrian, maklumat yg dihantar adlah cepat
dan pantas.
Konklusinya, islam hanya
menyokong teknologi yang dapat memberi manfaat kepada manusia dan alam sejagat
dan menolak teknologi yang boleh membawa kerosakan kepada manusia dan muka bumi
ini. teknologi yg diaplikasikan haruslah mengikut etika dan prinsip dasat
islam. Manusia haruslah sedar bahawa tujuan utama teknologi ini dicipta adalh
untuk kepentingan ibadat kepada Allah untuk mencari ilmu.
3.0)RUMUSAN
Kesimpulannya, sudah terang lagi bersuluh bahawa
Pengajian Sains,Teknologi dan Kejuteraan dalam Islam banyak mengajar kami
mengenai sejarah teknologi sekarang dari sudut pandangan Islam.Rata-rata
penerangan berkenaan dari sudut sejarawan barat sudah memenuhi setiap genap
ruang pemikiran rakyat negara ini.
Melalui bantuan dari pensyarah kami iaitu Ustaz
Wan Ahmad Razif bin Wan Abd Ghani dan bantuan dari internet,kami dapat
mengetahui sejarah Sains,Teknologi dan Kejuruteraan dari sudut Islam.Kebanyakan
teknologi dari segi kejuruterran dan perubatan masa kini hasil dari pemikiran
saintis Islam sejak zaman Bani Abbasiyah hingga ke zaman Bani Uthmaniyah.
Hasil kajian kami juga memperbanyakan ilmu
pengetahuan kami mengenai Islam.Akhir sekali,kami mengharapkan dengan adanya
Pengajian Sains,Teknologi dan Kejuruteraan dalam Islam dapat memimpin generasi
akan datang dalam mengenali Islam dengan lebih baik supaya mereka berbangga
dengan sejarah teknologi dan kejuruteraan Islam sejak zaman dulu.
Sekian,Assalammualaikum.
Subscribe to:
Posts (Atom)